Pages

Wednesday, August 24, 2011

Pakaian Renang Utk Muslimah

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog semua...

Tujuan Ercy nak cari kes dera isteri tapi ternampak artikel ni lah pula.. berminat pula nak kongsi dgn anda semua.. apa keistimewaan artikel ini kan?? huhuhu.. nak tau?? hehehe.. ercy kagum dgn keberanian wanita ini kerana sanggup berhenti berkerja hanya disebabkan tidak dibenarkan berenang di kolam hanya kerana tidak memenuhi kriteria berpakaian dlm kolam... mesti anda semua dah tau n nampak byk dijual pakain renang utk muslimah skarang kan??

Pengarah Urusan Aktif Bestari Sdn Bhd, Nuraini Mohd Ariffin, 38, yang juga pengeluar pakaian renang Muslimah pertama di Malaysia.
Jom kita baca artikel ini utk lebih tau ceritanya k??


SEMUANYA gara-gara dihalau pengawal keselamatan ketika mandi di kolam renang apabila tidak memenuhi kriteria dalam berpakaian. Malah, pengawal keselamatan itu memberitahu pakaian yang dipakainya berbulu dan akan menimbulkan masalah kepada orang lain.

“Oleh kerana saya dan anak-anak gemar berenang, ini membuatkan saya risau setiap kali beriadah. Apatah lagi anak-anak memerlukan perhatian ketika mandi di kolam renang dan di pantai. Untuk memakai pakaian renang sedia ada di pasaran ketika itu memang mustahil kerana tidak memenuhi syariat Islam.
“Suatu hari saya menerima sepasang baju renang Muslimah hadiah daripada rakan kakak, seorang wanita Indonesia yang mengeluarkan pakaian renang Muslimah.

Pemberian ini amat bermakna dan sangat menggembirakan saya,” kata Pengarah Urusan Aktif Bestari Sdn Bhd, Nuraini Mohd Ariffin, 38, yang juga pengeluar pakaian renang Muslimah pertama di Malaysia.

Oleh kerana tertarik dengan pakaian keluaran wanita Indonesia itu, pada Jun 2006, Nuraini dan suaminya, Mohammad Zaini Zainuddin ke Jakarta, untuk berbincang mengenai usaha membawa pakaian ini ke pasaran Malaysia.


Pada peringkat awal, dia hanya memasarkan sepenuhnya pakaian mandi wanita, ini tetapi lama kelamaan, apabila mendapat perhatian, Nuraini semakin yakin untuk menghasilkan rekaan sendiri.

“Dengan penuh yakin ditambah dorongan suami, saya berhenti kerja di sebuah firma teknologi maklumat untuk memberi tumpuan pada perniagaan ini. Tambahan pula ketika ini di Malaysia memang tiada rekaan baju renang Muslimah dipasarkan dan ini tentunya memberi lebih peluang kepada saya,” katanya.

Menurut Nuraini, langkah pertama dilakukan ialah menjalankan kajian mengenai faktor cuaca serta ukuran tubuh wanita di Malaysia. Akhirnya lahirlah baju renang Muslimah daripada fabrik spandex lycra yang jauh lebih ringan dan tidak memeri. Ini secara tidak langsung menjadikan si pemakai selesa, tidak panas, tidak berbulu dan mudah kering.

“Saya menghasilkan rekaan berbentuk ukuran A dengan empat helai baju iaitu seluar, baju, tudung dan kemeja-T untuk perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Apabila mendapat maklum balas saya membuat pengubahsuaian untuk setiap rekaan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan,” katanya.

Tambahnya, penggunaan fabrik spandex lycra membolehkan si pemakai terus pulang ke rumah kerana pakaian ini cepat kering, nampak feminin serta menutup aurat. Istimewanya bukan saja sesuai dibawa berenang, tetapi juga boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti bermain golf, yoga atau joging.

Bagi mengekalkan nilai eksklusifnya, Nuraini mengehadkan 20 pasang untuk setiap corak dan warna, selain memastikan rekaannya bertukar setiap antara tiga hingga enam bulan mengikut aliran fesyen semasa.

“Ketika awal-awal dulu saya mengeluarkan lebih banyak corak bermotif bunga-bungaan, tetapi kini lebih kepada polos kerana ada segelintir kolam renang terutama di luar negara, melarang penggunaan pakaian mandi bercorak. Saya sendiri pernah dihalau keluar kolam kerana mereka menyangkakan ia bukan pakaian renang,” jelasnya yang kerap mengikuti pertunjukan fesyen di Festival Fesyen Islam (IFF) antaranya di Singapura, Jakarta dan Dubai.

Koleksi pakaian mandi yang direka juga memenuhi cita rasa untuk semua usia serta ukuran badan. Kini mereka yang menghadapi masalah mendapatkan pakaian mandi berukuran besar boleh mendapatkannya di Aktif Bestari bermula dari saiz S sehingga 5XL.

Cerita artikel selanjutnya klik: http://www.hmetro.com.my/

1 comment:

Kancil 8349 said...

wah...senanglah kaum hawa mandi di kolam renang nanti...