Pages

Tuesday, August 16, 2011

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei

Salam 1 malaysia buat semua pembaca.... jom kita kongsi bersama pula tentang jaguh badminton kita Datuk Lee Chong Wei... cian juga jaguh pemain kita ni... latihan x tentu masa.. siang malam itu ja kejanya.... boleh katakan makan, minum, tido rehat apa ja BADMINTON.... huhuhu... nilah kehidupan jaguh banminton malaysia kita... hari ni tertarik pula saya nak baca perihal beliau tentang perlawanan baru2 ni bersama Lin Dan siapa lagi kalau bukan Pemain dari China No. 1 dunia hehehehe... power tau cara main.. so kira bangga juga kita sebagai rakyat Malaysia ada pemain kita setanding dengan pemain No. 1 Dunia ni... huhuhu... jom kita terokai beberapa artikel yang saya dapat dari berita Metro hari ini...

KEMBALI...Chong Wei (kanan) selamat tiba di KLIA, semalam. 
Jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei menyifatkan prestasinya kini setaraf Lin Dan Kekecewaan pemain nombor satu Malaysia itu sebaliknya ditukar dengan peningkatan keyakinan tinggi dan harus diambil kira dari sudut positif untuk memperbaiki kelemahan merangkul emas di Olimpik, London, tahun depan.

“Yang semalam sudah lepas, kita tengok pada masa depan. Kekalahan di tangan Lin Dan perlu saya terima.
“Apapun, prestasi permainan saya sudah setaraf lawan seteru, yang mana jika sebelum ini adalah 40-60 tetapi kini sudah 50-50,” katanya ketika tiba dari London, semalam.

Pada perlawanan penentuan, kelmarin, Chong Wei, 29 hanya dipisahkan satu mata dari kejuaraan yang pertamanya berlangsung selama 86 minit sebelum Lin Dan muncul sebagai pemenang dengan 20-22, 21-14, 23-21, tetapi kegagalan menyekat Lin Dan memaksa negara menyaksikan impiannya besarnya lebur.

Mengulas mengenai saingan, Chong Wei berkata, rentak permainannya berada di landasan yang tepat cuma tuah tidak memihak kepadanya.


“Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai saingan, cuma bagi saya ini adalah perlawanan satu setengah jam yang terbaik dalam hidup saya.

“Walaupun jari kaki kanan saya berdarah, tetapi perjuangan tetap saya teruskan untuk negara,” katanya sambil menambah kemungkinan dia akan mengurangkan kejohanan tahun ini bagi persediaan hadapi Olimpik 2012.

Tiada siapa yang lebih mengetahui situasi sebenar Datuk Lee Chong Wei ketika bermati-matian mahu menewaskan Lin Dan pada aksi final Kejohanan Dunia, kelmarin selain jurulatihnya sendiri, Tey Seu Bock.

“Sebenarnya beberapa jari kaki kanannya berdarah akibat kesungguhannya ketika menentang Lin Dan. Chong Wei sendiri tidak sedar mengenainya sehinggalah tamat perlawanan.
“Bila saya menyaksikan kesungguhannya sehingga ke tahap itu, saya berasa kasihan kerana tidak dapat muncul sebagai juara dunia.

“Saya tidak berasa kecewa dengan pencapaiannya itu, sebaliknya amat berbangga kerana Chong Wei sudah memberikan segala-galanya. Dia kalah secara terhormat,” katanya.

Jelas Seu Bock, meskipun Lin Dan sebelum perlawanan itu menyatakan dia tidak terlalu ghairah untuk mengenggam kejuaraan itu namun berdasarkan pemerhatian beliau, Lin Dan jelas sekali bermain bermati-matian untuk menumbangkan anak buahnya pada aksi final.


“Saya sudah masak dengan strateginya. Lin Dan apabila bertemu Chong Wei, dia akan mempamerkan peningkatan cukup ketara. “Mujur Chong Wei cukup tenang sepanjang perlawanan. Tetapi malangnya tuah saja tidak memihak kepadanya,” katanya.

Jelas Seu Bock lagi, perlawanan kelmarin juga membuktikan tahap kedua-dua pemain hampir sama tetapi hanya tuah memisahkan kedua-dua pemain terhebat dalam era ini.
“Tidak banyak beza antara kedua-duanya, baik Chong Wei mahupun Lin Dan, sesiapa saja boleh meraih kemenangan andai bertemu lagi selepas ini.

“Apapun, saya yakin Chong Wei akan kembali bangkit untuk Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.


Ditanya cabaran lawan di London nanti, Chong Wei berkata, sukar untuknya meletakkan jangkaan.

“Bukan tidak yakin, cuma perjalanan ke London bagi saya amat panjang. Kemungkinan ada negara lain mempunyai jaguh baru.

“Setakat ini, cuma ada saya dan Lin Dan saja dan hanya dia lawan yang perlu saya hadapi,” katanya.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, Chong Wei sudah mempamerkan aksi terbaik namun rezeki lebih memihak kepada jaguh dunia dari China itu, Lin Dan. Katanya, mengambil kira dari sudut positif, peminat tidak seharusnya menyalahkan pemain itu dan mereka sendiri boleh menilai tahap permainan yang dipamerkan oleh Chong Wei.

“Chong Wei sudah melakukan yang termampu tapi malangnya mental Lin Dan lebih kuat. Lin Dan berani bertindak mengambil risiko ketika berada di saat genting. “Saya tidak rasa, orang ramai akan menyalahkan Chong Wei di atas apa yang berlaku dan inilah masanya dia memperbaiki untuk mengejar pingat emas di Olimpik, tahun depan,” katanya. Pertarungan mendebarkan itu

Kekalahan Chong Wei itu bukan saja menyaksikan impiannya muncul sebagai pemain pertama negara menjuarainya kejohanan itu musnah, tetapi turut menyaksikan kemarau tanpa gelaran negara selama 34 tahun terus berpanjangan.

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my/

Tajuk Artkel "Chong Wei tak sedar jari kanan berdarah", " Kami Kini Sama Taraf" dan "Belum Rezeki Chong Wei"




No comments: