Mcm biasa ercy akan kongsi berita2 yg ercy baca hari ni nak kongsi dgn anda semua... hari ni muka depan Harian Metro betul2 menyayat hati ercy.. baru ja semalam ercy post topik kebakaran hari ni isu yang sama juga tapi kali ni ada mangsa lah pula.... Jom baca bersama artikel ni.....
SIASAT...anggota bomba dan polis menjalankan siasatan di tempat kejadian. |
PILU...Munirah tidak dapat menahan kesedihan. |
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang menghidap sawan tanpa diketahui apa sebabnya Zulaika Batriesya Mohamad Zafian berpatah masuk semula ke dalam rumahnya yang ketika itu dijilat api tanpa disedari anggota keluarga ketika keadaan kelam-kabut.
“Keadaan ketika itu kelam-kabut dan kami sekeluarga berkumpul di rumah jiran, tetapi terkejut apabila mendapati Ika tiada sebelum saya dan ahli keluarga lain mencarinya di sekitar kawasan rumah".
“Luluh hati apabila mendapat tahu mayat anak saya ditemui berhampiran rumah jiran yang hangus dalam kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan bilik mayat Hospital Balik Pulau (HBP).
Menurut ibunya, walaupun sedih lebih-lebih lagi mengenangkan Aidilfitri bakal tiba, namun reda dengan pemergian anak ke-3 daripada 6 adik-beradik itu kerana percaya Allah lebih menyayanginya.
“Sepatutnya kami sekeluarga membeli pakaian raya esok (hari ini), namun takdir mengubah segala-galanya apabila Ika pergi terlebih dulu".
“Ika anak yang baik dan malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam, saya bersama suami membawanya ke restoran berhampiran selepas dia memberitahu mahu makan roti canai makanan kegemarannya".
Munirah berkata, mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru sudah 2 minggu tidak hadir ke sekolah kerana mengalami masalah kesihatan selain berubah sikap apabila lebih manja dengannya dan suami.
Lebih menyedihkan, mangsa seolah-olah tidak sabar menyambut Aidilfitri dan bertanyakan kepada ibunya sama ada mangsa boleh menyambutnya esok selepas mendengar bunyi mercun malam tadi.
Mangsa juga mengajak ibunya solat berjemaah, namun ibunya memberitahu ibunya uzur dan mangsa solat bersendirian. Selain itu, mangsa ada menyatakan mahu pergi jauh, namun ahli keluarganya tidak faham maksudnya.
Nak Baca Artikel lebih lanjut jom klik : "Ika Mahu Pergi Jauh"
Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment