Pages

Thursday, August 25, 2011

Artikel Update Mangsa disimbah Asid

Salam 1 Malaysia buat yang sudi baca blog ercy ni....

Berikut adalah artikel perkembangan mangsa  Mohd Rafie Abdul Latif, 27 tahun di simbah asid.

Lelaki ditahan berhubung kes simbah asid, direman lima hari  (21/08/2011)

Mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid
BERITA: Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa. 

Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu.


Sumber berkata, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dalam keadaan tangan bergari, semalam.

"Lelaki (yang ditahan) itu ada bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit," . 

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.bharian.com.my

Dipercayai Mempunyai Hubungan intim (25 Ogos 2011)

BERITA: Dua lelaki berusia 20-an ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes Mohd Rafie Abdul Latif, 27, yang disimbah asid ketika mangsa berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, di sini, 8 Ogos lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua lelaki berkenaan ditahan di tempat berasingan iaitu di Melaka serta Kuala Lumpur dan dipercayai rakan kepada mangsa.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditahan untuk dirakam keterangan berhubung kejadian pada 8 Ogos lalu dan dipercayai berada di tempat kejadian bersama-sama suspek pertama berusia 28 tahun.

“Motif kes ini dipercayai cemburu yang mana mangsa dan suspek pertama yang ditahan 21 Ogos lalu dipercayai menjalin hubungan intim, tetapi mengalami krisis dalam hubungan yang menyebabkan suspek bertindak sedemikian,” katanya selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki yang baru ditahan itu dipercayai mempunyai hubungan intim bersama-sama suspek pertama serta mangsa dan maklumat yang diperoleh daripada mereka akan membantu melengkapkan siasatan.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kes simbah asid bersiri, Mohmad berkata, pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada orang ramai terutama peniaga asid.

Katanya, sebelum ini, pihaknya meminta bantuan golongan peniaga yang menjual asid membantu menyalurkan maklumat sekiranya dapat mengesan lelaki berumur 25 hingga 30 tahun yang membeli asid dalam tempoh sebelum 8 Ogos.

 Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

2 comments:

Iffah Afeefah said...

tak sanggup la tgk

ercy said...

huhu... seram nak tgk mukanya ke?