Pages

Friday, August 26, 2011

Untuk Keselamatan-TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH

Salam 1 Malaysia buat pembaca semua...

Macam biasa ercy nak kongsi bersama anda semua.. tips pencegahan jenayah pecah rumah... ercy dapat email ni dari PDRM so ercy kira nak kongsi dgn pembaca semua sebab ercy rasa ia berguna terutama musim perayaan skarang ni...

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara
komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.


Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci
yang berkualiti.
2. Pasang "door viewer" dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV. Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.


Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus
kami yang beroperasi 24 jam:
1 Bukit Aman 03-20319999 / 03-22663333
2 Selangor 03-20529999
3 Kuala Lumpur 03-21460585
4 Perlis 04-9711999
5 Kedah 04-7392999
6 Pulau Pinang 04-2691999
7 Perak 05-2401999
8 Negeri Sembilan 06-7619999
9 Melaka 06-2851999
10 Johor 07-2212999
11 Pahang 09-5151999
12 Terengganu 09-6270499
13 Kelantan 09-7455555
14 Sarawak 082-240800
15 Sabah 088-450470
16 Labuan 087-412575


Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari laman web PDRM di
www.rmp.gov.my dan facebook PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.

BORANG MAKLUMAT:BALIK KAMPUNG

Kepada:
Kawasan Pentadbiran Balai Polis: .................................................................

BUTIR-BUTIR PENDUDUK
Dimaklumkan bahawa penama di bawah akan meninggalkan rumah kediaman untuk bercuti.
Nama: ..............................................................................................................
Alamat:..............................................................................................................
............................................................................................................................
...........................................................................................................................
No Telefon yang boleh dihubungi: ...............................................................
Tarikh meninggalkan rumah: ..........................................................................
Tarikh dijangka balik ke rumah: .....................................................................
Alamat semasa bercuti: .................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
Kenderaan yang ditinggalkan (jenis & no.pendaftaran)
1. ....................................................................................................................
2. ....................................................................................................................
3. ....................................................................................................................
Lain-lain maklumat (jika ada): .......................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
Tandatangan Tarikh
................................. ..........................
(Keratan ini hendaklah diserahkan kepada Balai Polis yang berdekatan)









2 comments:

belogkiter said...

thanks di atas info ini

Iffah Afeefah said...

wahhh

tpi kalau org tu cuai jugak susah la