Pages

Thursday, December 15, 2011

KL Banjir......

Salam 1 Malaysia.. lama x update blog ercy.. bz dengan tugasan apa lagi sekrang dah masuk hujung tahun... hari ni tergerak nak buka blog pula he3.. macam biasa ercy nak kongsi berita yang ercy baca.. nak tau.. blog ercy x update.. berita apa2 pun ercy x baca.. hu3..

SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter.
Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

Di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 30 rumah dinaiki air menyebabkan penduduknya kelam-kabut mengalihkan barangan berharga ke tempat selamat.

Mangsa, Khalili Yunus, 46, yang berniaga sendiri berkata, dia terkejut apabila melihat rumah diduduki sejak 15 tahun lalu dinaiki air buat pertama kali dalam masa tidak sampai dua jam.

“Ketika tiba di rumah jam 5 petang, saya lihat rumah mula dinaiki air separas satu meter.

“Tujuh anak saya yang berada dalam rumah hanya mampu menangis melihat paras air semakin naik. Saya segera mengarahkan mereka ke tempat lebih selamat sebelum mengangkat barangan berharga ke tempat lebih tinggi,” katanya.


Menurutnya, akibat banjir itu, dia mengalami kerugian apabila beberapa perabot termasuk televisyen rosak.

Jurugambar NSTP, Yusni Ariffin, 36, yang turut menjadi mangsa banjir berkata, rumahnya dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Katanya, punca air naik dengan cepat disebabkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke rumah penduduk.

“Saya mahu pihak berkenaan membuat pemantauan ke atas sistem perparitan di kawasan ini kerana ia mengancam nyawa dan harta benda penduduk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian banjir di Jalan Semarak, pihaknya memindahkan 23 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun serta tiga guru sebuah taska di kawasan itu yang dinaiki air.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan semua mangsa kerana keadaan air dari Sungai Bonus melimpahi tebing hingga mencecah 1.5 meter.

“Selepas selesai memindahkan semua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu,” katanya.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my



Tuesday, November 29, 2011

tanam bayi sendiri...

Salam 1 Malaysia buat pembaca yang sudi singgah d blog ercy.. awal pagi tergerak nak baca metro online macam biasa.. tak sangka pula isu ni pula...

DI SINI...tempat mayat bayi ditanam.

TAMPIN: Status kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sejurus menerima laporan daripada HM, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Azmi Abdul Salam bergegas ke hospital itu untuk menahan wanita berkenaan.
“Selepas disoal siasat, suspek membawa anggota polis ke tempat mayat bayinya ditanam di kawasan semak di Jalan Batu Belang. Bayi itu dipercayai ditanam pada sebelah petang.
TAHAN...suspek dibawa dengan kenderaan polis.

“Polis mengambil masa hampir setengah jam untuk menggali dan mengeluarkan mayat bayi lelaki yang sudah reput dan berkecai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kata Wooi, suspek dari Taman Indah, dekat sini, direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, bayi itu dipercayai dilahirkan pada 22 November dan suspek kini dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221/ 06-4411222 bagi membantu siasatan.

Sumber Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

ercy berbicara: x habis2 dengan isu buang bayi.. skarng tanam bayi sendiri pula??? ramai orang nak kan anak x dapat?? yang dapat anak pula x nak anak?? amcm pula ni???

Saturday, November 26, 2011

Kegembiraan Cuti sekolah bertukar tragedi....

Salam satu Malaysia...... ercy terbaca artikel ni.. sedih pula.. ialah cucu balik kampung bertemu dengan datuk nenek perkara yang gembira.... tapi apa yang berlaku semua tak diduga...

TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Samsudin, maut.

KAMPUNG GAJAH: “Arwah ayah gemar membawa cucu bersiar-siar terutama ketika cuti sekolah. Tak sangka kali ini yang terakhir buat mereka,” kata Mohd Tarmizi, 26, anak pasangan warga emas, Samsudin Itam, 65, dan Daimah Lun, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri, petang semalam.
Tragedi itu turut meragut nyawa cucu pasangan warga emas berkenaan, Qurratul Ayuni Mohd Halimi, 6, apabila Proton Saga dinaiki bersama tiga yang lain bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pulau Tiga, Padang Gertak di sini, jam 4 petang.
REMUK...treler yang terbabit kemalangan, semalam.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu Samsudin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum bertembung treler tanpa muatan di laluan bertentangan menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.
Kejadian turut mencederakan anak pasangan warga emas itu, Nurul Ayuni, 14, dan dua lagi cucu mereka, Mohammad Danial Halimi, 5, dan Nurul Izzati Mohd Rudy, 3. Mohd Tarmizi ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Changkat Melintang (HCM), di sini, semalam, berkata, arwah bapanya memaklumkan pergi ke Sungai Manik untuk mengambil Nurul Ayuni di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam.

Menurutnya, arwah bapa dan ibunya membawa bersama tiga cucu mereka bagi mengambil Nurul Ayuni di sekolah berkenaan.

“Mereka keluar rumah jam 2.45 petang sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan nahas itu jam 4.30 petang.
“Kami tidak menyangka jarak nahas dengan rumah hanya beberapa kilometer. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya rebah apabila melihat arwah ayah dan ibu kaku tidak bernyawa di tempat duduk depan kereta,” katanya.

Sementara itu, ibu arwah Qurratul Ayuni, Jawiriah, 31, berkata dia terkilan kerana anak sulungnya itu tidak sempat menjamah kuih pau yang dipesan.
Menurutnya, dia tiada di rumah sejak pagi kerana menjaga kakaknya yang menunggu masa bersalin di HCM.

“Saya sudah berpesan kepada kedua-dua anak, Qurratul Ayuni dan Mohd Danial supaya tinggal di rumah dan jangan keluar ke mana-mana sementara menunggu saya pulang dari hospital.

“Namun, mereka keluar rumah kerana mengikut arwah ayah dan ibu mengambil adik saya, Nurul Ayuni yang selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HCM.

Jawiriah yang menetap di Pandan Perdana, Kuala Lumpur berkata, dia bersama dua anaknya itu pulang ke kampung sempena cuti sekolah bermula minggu lalu.

“Saya tidak menyangka percutian kami anak-beranak berakhir tragedi kerana anak perempuan saya yang keletah dan cerdik sudah meninggal dunia, manakala adiknya, Mohd Danial patah tulang bahu.

“Saya bersyukur kerana Mohd Danial terselamat dalam kejadian itu, namun reda dengan pemergian arwah Qurratul Ayuni,” katanya.

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my

ercy berbicara; semoga arga Qurratul Ayuni bersama dengan mereka yang beriman.. Amin

Bunuh.. Perkosa...

Salam satu Malaysia buat pembaca blog yang sudi singgah d blog ercy ni...

PERIKSA...kereta mangsa ditemui di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling, semalam.

JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling di sini, semalam.
Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.

Mayat mangsa, Chiu Kong Min, 31, ditemui kira-kira tujuh jam selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Bagaimanapun, selepas mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu didapati sudah tidak bernyawa, individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai, pihaknya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.
Menurutnya, polis kemudian menemui wanita itu tertunduk kaku dalam kereta miliknya dan siasatan mendapati mangsa dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira jam 2.30 petang kelmarin untuk mengajar di Jalan Simbang, Taman Perling, menaiki Perodua Myvi hijau berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa keluar untuk mengajar piano seperti biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan polis.

“Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati mangsa cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.
“Selain itu, ketika ditemui, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit tidak diambil suspek,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan hingga kini, polis masih tidak menemui sebarang bukti di kawasan sekitar lokasi penemuan mangsa serta dalam keretanya.
“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Tan Yang Siong di talian 012-7076928,” katanya.

Maklumat di perolehi dari: http://www.hmetro.com.my

Ercy berbicara: Macam-macam berlaku sekarang ni... hubungan seks bebas tak henti2... pembuangan bayi pun meningkat.... kes rogol, bunuh pun menjadi-jadi sekarang.... apa dah jadi ni... masyarakat di malaysia semakin ke arah tak bertamadun pula.. bukan ke arah zaman berpelajaran apa itu moral dan agama.... salah siapa kah ini semua.....

Yuna Dan Anuar....

Salam satu Malaysia buat pembaca yang sudi singgah d blog ercy ni... lama x update blog ercy.. he3 disebabkan tugas yang tidak mengizinkan... maklumlah dah masuk hujung tahun ni kerja semua pun berlambak... hari ni ercy nak berkongsi artikel ni ... sebenarnya ercy dah dengar cerita ni dalam Hot FM tapi tak berpeluang pula nak post di blog ercy... tak apalah biar pun cerita ni dah meluas tapi ercy sekadar nak berkongsi bersama k...

TUKAR TANGAN...(dari kiri) Edry, Yuna dan Anuar Zain pada sidang media rasmi AIM di sebuah hotel, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.
Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.
Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my

ercy berbicara: bagi ercy sikap yuna harus dipuji walaupun kesilapan berlaku tetapi dia tetap menghormati dan tidak bersikap kasar dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka... tidak seperti artis yang lain.. mungkin boleh masuk mahkamah kot... alasan menjatuhkan maruah diri dengan memalukan artis konon... taniah buat yuna ercy suka sifatnya yang rendah diri.....

Thursday, November 10, 2011

mengamuk gara2 nenek tutup suis komputer.....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah....

hari ni ercy nak kongsi dengan artikel berita metro... kejadian berlaku di Batu 4, Jalan Gombak. seorang cucu 15 tahun bersikap biadap hanya disebabkan neneknya mahu menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer. kira2 jam 12.30 tengah malam neneknya 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa tetapi tidak sangka suis tersebut bersambung dengan komputer cucunya yang leka bermain permainan komputer.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.

Nenek tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadap remaja tersebut yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahnyakannya.

Apa dah jadi zaman sekarang ni?? dulu semasa zaman ercy nak tinggikan suara sedikit pun x berani...

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my


Wednesday, November 9, 2011

tinggal kenangan.....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah... jom kita kongsi bersama artikel yang ercy petik hari ni dari berita harian mengenai bakal doktor yang mati ditetak di Indonesia.... sama2 kita doakan semoga rohnya aman dan berserta dengan mereka yang beriman k....

ADRIAN...ditetak penjenayah.

KLANG: Mahu membuka klinik sendiri dan memberi khidmat percuma kepada orang susah terutama anak yatim. Itu cita-cita murni pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira, 22, yang mati akibat ditetak penjenayah di rumah sewanya, kelmarin.
Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.

Pelajar perubatan tahun tiga itu maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang pencuri motosikal milik rakannya di kawasan rumahnya di Malang, pada jam 7 malam kelmarin waktu tempatan.
Mary Catherine berkata, kali terakhir Adrian menghubunginya pada Ahad lalu dengan menyatakan dia sangat sayangkan ibu serta dua lagi adik perempuan iaitu Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16.

“Adrian juga memberitahu komputernya rosak. Saya kata pakai dulu nanti balik sini kami ganti lain. Namun pada jam 8.40 malam (kelmarin) saya dapat lagi panggilan daripada nombornya.

“Bagaimanapun, pemanggilnya orang lain yang memperkenalkan diri sebagai senior Adrian. Dia kata Adrian menghadapi malapetaka. “Saya kata jangan main-main dan dia menerangkan hal sebenar anak saya sudah mati akibat ditetak penjenayah,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.

Mary Catherine De Cruz
Mary Catherine berkata, Adrian anak yang pintar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan utama iaitu 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A Penilaian Menengah Rendah (PMR), 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1A 3B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Saya masih sukar mempercayai sudah kehilangan anak sulung dan selalu teringat-ingat keseronokan dia menikmati masakan saya ketika pulang bercuti pada September lalu,” katanya.
Menurutnya, Adrian dijangka tamat pengajian dalam bidang kedoktoran pada 2014.

Dalam kejadian berhampiran rumah sewanya di Jalan Pisang Kipas, Malang, Jawa Timur, pada jam 7 malam kelmarin, Adrian berehat sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Selepas meninjau ke luar rumah menerusi jendela, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan motosikal. Adrian menyergah lelaki itu dan mengejarnya selepas suspek melarikan diri.

Selepas suspek gagal dijejaki, Adrian berpatah balik ke rumahnya, namun ketika dia membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak suspek yang dipercayai datang semula.

Adrian yang parah di leher maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Jawa Timur.

Sementara itu, Pegawai Protokol Universiti Brawijaya, Gotok Kuritor ketika dihubungi berkata satu majlis pelepasan mayat diadakan Fakulti Kedoktoran untuk menyerahkan secara rasmi mayat Adrian kepada perwakilan Kedutaan Besar Malaysia.

“Selepas proses penyerahan itu, saya difahamkan mayat akan dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya,” katanya.



Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Friday, November 4, 2011

oh... cutenya baby ni.....

salam 1 malaysia.. hari ni ercy tengok gambar kwn ercy d FB... ternampaklah baby boy baru lahir ni... jom tengok... cute ke???

cuba teka apa yang memikat ercy untuk post gambar baby ni????

Blanket Keroppi.... cutenya......
My friend baby boy....
so cute....

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Salam 1 Malaysia... ercy join segmen ni sebab follower ercy 100 pun x sampai pun.. hahaha ni kan lagi 500 kan?? jom join bagi blogger yang rasa blognya kurang follower 500.

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Wednesday, November 2, 2011

Suami Ku Gay....

Salam 1 Malaysia buat pembaca yang sudi singgah d blog ercy... hari ni ercy beri ruang sedikit nak update blog ercy.. maklum ja semua pun bz dengan kerja kan?? begitu juga dengan ercy bz dengan kerja ercy.. lebih2 sekarang dah masuk hujung tahun... ermm.. hari ni ercy nak kongsi artikel dari harian metro...

setiap hari kita terbaca isteri tuntun cerai ada yang mengatakan dah x sehaluan kali ni disebabkan suaminya songsang pula... bila ercy terbaca berita ni sedih juga... ialah ercy juga merupakan isteri.... hati isteri mana x luka apabila suami sendiri berpaling tadah apa lagi dah kahwin 7 tahun??

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.
BERITA: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.


“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.
Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.
“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

Monday, October 31, 2011

Kemalangan Petang Tadi 31/10/2011

Salam 1 Malaysia.. kemalangan berlaku di Kepayan KKIA Kota Kinabalu Sabah Keratapi dengan lori kira2 jam 5.30 petang hari ni.



Friday, October 28, 2011

Kenangan Pilu

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah ya...

DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.
Malang tidak berbau.. begitulah cerita seorang kanak-kanak 4 tahun Nurshuhada disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan  rawatan di Hospital Jerantut (HJ).


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi. "Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada

“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya.

Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.

“Sebelum turun ke halaman, Nurshuhada duduk di tangga bersama lima lagi adik-beradiknya manakala isteri saya berurusan dengan pembekal makanan ikan untuk projek ternakan ikan sangkar yang saya usahakan.

Seksa batin disekat amah

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah...

PENGAKUAN...Zakry berkongsi masalah dihadapinya kepada wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain.”
Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya. Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.


“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.



“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.


Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Macam2 sja dunia skarng ni... sihir/pugai... sanggup dilakukan dosa difikirkan kemudian hari...... kenapalah ada orang sanggup melakukan perkara terkutuk ni ah???

Thursday, October 27, 2011

Sambutan perayaan Deepavali bertukar menjadi hari kematian

Salam 1 Malaysia buat pembaca yang sudi singgah d blog ercy.. Hari ni ercy nak berkongsi artikel berita ercy dapat dari berita metro, mengenai sepasang suami isteri rentung dalam kereta...

MARAK...Honda City dan Iswara Aeroback marak terbakar.

BERITA: “Pasangan suami isteri itu meronta dalam kereta yang sedang terbakar, namun kami gagal menyelamatkan mereka kerana kaki kedua-dua mangsa tersepit,” kata saksi kejadian kemalangan ngeri menyebabkan pasangan suami isteri rentung di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ladang Perhentian Tinggi, Pedas dekat sini, semalam.
K Anbarasu, 24, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya berada di kuil berhampiran dan terkejut mendengar dentuman kuat.

“Saya dan rakan meluru keluar ke arah dua kereta yang terbakar serta cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalamnya. “Kami cuba membantu pasangan suami isteri berkenaan yang ketika itu meronta-ronta meminta tolong, namun gagal kerana kaki mereka tersepit selain api mula marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, K Jothi, 35 dan suaminya, P Mugunthan, 42, rentung apabila Honda City dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Dua anak mereka M Vasigaran, 14, dan M Sreekanthan, 10, sempat diselamatkan orang ramai yang memecahkan cermin kereta.

Seorang lelaki berusia 20-an iaitu pemandu Proton Iswara yang turut terbakar dapat diselamatkan orang ramai, manakala pemandu Toyota Camry yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.


Anbarasu berkata, dia terkejut apabila Honda City dinaiki mangsa dan Proton Iswara hangus terbakar, sekali gus gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Namun, sebelum saya tiba, orang ramai berjaya menyelamatkan dua anak lelaki mangsa dengan memecahkan cermin kereta itu.

“Saya sedih dan kecewa apabila gagal menyelamatkan pasangan itu berikutan api begitu marak menyebabkan mereka terkorban ketika penganut Hindu sedang menyambut Deepavali,” katanya. Sementara itu, adik kepada Jothi, K Vishnu, 28, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku sekelip mata berikutan sempat menemui kakak dan abang iparnya pada pagi kejadian (semalam).
MAUT...Mugunthan dan Jothi rentung.

“Tidak sangka kakak dan abang pergi ketika masyarakat Hindu menyambut Deepavali, malah turut meninggalkan dua anak lelakinya.

“Kami sempat meraikan Deepavali pada awal pagi di Taman Seremban Jaya sebelum mereka empat beranak menuju ke Palong, Jempol sebelum pulang ke Skudai, Johor,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini, semalam.

Vishnu berkata, lebih menyayat hati apabila anak saudaranya, Vasigaran menyaksikan sendiri detik kematian ibu bapanya yang hangus rentung sebelum dia dikejarkan ke HTJS untuk menerima rawatan.

“Namun, saya bersyukur kerana dua anak saudara selamat dan tidak menyangka sambutan perayaan ini bertukar menjadi hari kematian mereka,” katanya.

Menurutnya, abang iparnya bekerja di Singapura dan berasal dari Kuala Selangor, manakala kakaknya suri rumah tangga.

Harian Metro difahamkan, Sreekanthan yang mengalami kecederaan dalaman menerima rawatan di HTJS, manakala Vasigaran hanya cedera ringan.
 
Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Tuesday, October 25, 2011

AWAS Selipar/Kasut "CROCS"

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah ya... hari ni ada lambat sikit ercy update blog ercy... kebetulan ercy buka FB ercy dan terbaca ertikel ni... Mungkin ada d kalangan kekawan pernah dengan Kasut/Selipar jenama CROCS.. kebetulan hari jumaat lalu ada ikut kawan2 jalan d shopping center masuk kedai kasut ni.. tengok2 ja lah.. sebab ercy x minat pula disignnya... hari ni terbacalah pula artikel berkaitan... 

Kejadian belaku Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.

Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.

Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.




Sunday, October 23, 2011

Ercy jadi The Nanny.....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah k..

apa pula x pasal2 ercy jadi the nanny.. ada tawaran berlakon kah?? ha3 bukan tawaran berlakon lah.. tawaran jadi babysitter lah.. hu3.. ai?? psti ada kalangan bertanya yang ercy dah kahwin so x hairan kan.. he3 ialah x pernah jaga ank seorang ja.. kali ni ercy jaga 3 org ank pula.. jaga ank adk lagi seoarng ni.. nakal fuyoo.. tahan ja lah.... x nak bebel pjg2.. jom tengok2 gambar budak2 yang ercy jaga k... selamat menonton ha3

Ini lah budak yang ercy jaga ni...

Ethen 2 thn
ni anak ercy ke-2 nicholas 3 thn
ini anak ercy yang tua.. 6 thn nicole.. ni pun keras kepala susah nak urus...
nicole n nicholas
nilah kejadian bila 3 org bergabung..... riuh rumah.. baru 3 org dah ercy macm mulut tak berhenti bebel...

"CINTA SIBER OH"

Salam.. hari ni ercy rajin buka blog pada hujung minggu pula.. ha3 so tergerak nak join segmen ni pula.. mula2 nampak tajuk ni.. x prasan pula segmen ingatkan entry maklumat nak sampaikan ja.. hairan juga npa ramai ada dlm blog blogger tajuk ni.... rupa2nya segmen pula... ha3..

Cinta Siber Oh


ercy coret simple ja k...

kebaikan..

1. indah pada bahsa,
2. enjoy semasa chating
3. rajin nak on9.. jimat juga sebab bayaran bulanan
4. semuanya cantik sahaja sebab nampak gambar boleh edit mah...
5. kalau bertuah cinta siber menjadi kenyataan (suami/isteri) lagi indah masa bercinta setelah berkahwin...

Keburukan
1. mudah ditipu.. (silap2 laki@isteri org pula)
2. Awas Poket Duit (silap2 nak duit ja... biarpun sekadar topup)
3. hilang kawalan... (on9 ja keja x buat...mabuk cinta)
4. terperangkap dengan janji2 manis (hilang kwn yg sedia ada)
5. kejujuran dan keikhlasan tidak boleh dinilai melalui kata2

sekian dari ercy... just pendapat k....

Teka Teki Diyana Ali

Jom Ikut Segmen Ni... Teka Pilihan Warna Diyana Ali.. Walaupun Hadiah x Seberapa yang penting segmen juga kan?? hehehe... lupa pula... nak teka warna Diyana lagi pula.. ercy teka Diyana ni suka warna "Unggu" hehehe

Teka Teki Diyana Ali

Saturday, October 22, 2011

Futsal.. oh Futsal....

Salam 1 Malaysia... hari ni ercy nak bercoloteh kejap ja... he3 x pernah2 pula berkongsi cerita ercy sebab ercy jenis x tulis diary punya orang,... he2 just lepak n cerita... cuba2... test2... he3...

inilah team ercy.... kampung2 boleh lah kan???
hari ni salah seorang team ercy cari nak suruh buat match dengan team lain.. sebab 1 minggu kira nak rest habis ni.. bukan apa dengar2 permintaan dari 2-3 orang ari team ercy juga.. sebenarnya bukan ramai pun team ercy 7 orang ja.. sekarang ni nak tarik pemain lain masuk team ercy ni bukan apa.. lagi ramai kira boleh main gelanggang besar juga.. he3... so ercy pun x pasti lagi next week dapat main kah x... 3 orang nak main next week.. tapi 3 orang lagi ckp rehat2 dulu.. ercy jadi orang di tengah2 ni.. amcm juga ni ah??? nak cuba tyn juga.. tapi he3 takut juga... hu3.... ada cadangan kah???

Blogger! Jom Kenal....

Salam 1 Malaysia yag sudi singgah d blog ercy ni... hari ni ercy nak join segmen ni pula.. he3... nak berkenalan dengan blogger yang lain sambil nak tambah follower ercy ni.. hu3..

Serbah sedikit tentang ercy....
nama panggil ja ercy
berbangsa Mix cina
dah berkawin pun... ank 1 psang..
umur... he3... nak panggil akak pun ercy akun ja.... ok... tu aja pasal ercy kali ni...http://genkcorner.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-kenal.html

Jom Kenal-Kenal

Oh..... Tidak Ercy Dikuaranti bermula Isnin Ni....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah k.. x apa2 pula ercy dikuaranti... ha3 saja... berikut berita harian metro bahawa Laporan Audit Negara (LKAN) 2010 akan dibentangkan di Dewan Rakyat isnin. So ercy pun terlibat sekali kena dikuaranti di office tak boleh keluar outstation arahan Pengarah ercy.. hu3


KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.



Ambrin berkata, beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama.

“Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan dibuat supaya LKAN 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Beliau menjelaskan sejak 2010, LKAN tidak dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan belanjawan negara bagi membolehkan kedua-dua perkara berkenaan mendapat liputan saksama.

“Sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan,” katanya.

Ambrin menjelaskan LKAN bagi negeri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.


“Jabatan Audit Negara juga ingin menegaskan tidak ada apa-apa pindaan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri terhadap LKAN berkenaan,” katanya.

Beberapa Anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.- Bernama

Maklumat diperolehi dari:http://www.hmetro.com.my

Friday, October 21, 2011

Anak Terkulai Di Pangkuan...

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah..

AL-FATIHAH...ahli keluarga membawa jenazah Muhammad Ismail yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi.

MUAR: “Saya akhirnya berjaya menggapai tangan Adik dan terus menggoncang badannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana nafasnya ketika itu sudah terlalu lemah. Adik kemudian terkulai di pangkuan saya,” kata Junaidah Zaningin, 40, di sini, kelmarin.
Anak bongsunya yang berumur empat tahun, Muhammad Ismail Hamdan atau lebih mesra dipanggil ‘Adik’, meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga pada jam 10 pagi kelmarin.


Ketika ditarik keluar, Muhammad masih lagi bernyawa tetapi disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenga.

Mengimbau kejadian, Junaidah berkata, mereka berdua sedang mandi di perigi berkenaan apabila Muhammad tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.


“Sepanjang mandi, Adik memegang kain basahan yang saya pakai untuk mengelakkan dia daripada terjatuh tetapi entah bagaimana, tangannya tiba-tiba terlepas.



“Seketika kemudian, Adik sudah terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira satu meter itu. Saya cuba untuk menggapai tangannya tetapi gagal,” katanya.

Menurut Junaidah, dia akhirnya berjaya menggapai tangan Muhammad dan mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi suaminya, Hamdan Abdul Hamid berusia 40-an, bagi memaklumkan kejadian itu.


Katanya, Hamdan yang bekerja di Bukit Kepong bergegas ke klinik itu untuk melihat keadaan Muhammad.

“Bagaimanapun Adik disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berkenaan. Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian ini,” katanya.


Menurut Junaidah, sehari sebelum kejadian, anak bongsu lima beradik itu turut berperangai pelik.



“Adik cukup gembira malah kerap mengusik adik beradiknya. Kami tidak sangka ia petanda Adik bakal kembali kepada-Nya buat selamanya,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian.



“Kami sudah mengambil keterangan daripada individu berkaitan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!

Wednesday, October 19, 2011

Ruang makan Office Ercy....

Salam 1 Malaysia buat pembaca ercy yang sudi singgah.. hari ni ercy nak kongsi bersama deco team ercy di pejabat ercy... terdapat ruang kosong ni... dan cadangan untuk mewujudkan ruang makan... hasilnya... jom lihat2...


Pandangan dari depan.... Ruang Makan Di Tempat Kerja Ercy





Rentung Dalam Kereta

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah..

SIASAT...anggota polis menyiasat mayat mangsa yang rentung dalam kereta

BERITA: Kejadian berlaku di tempat letak kereta Taman Tun Dr Awang, Bagan Ajam, kira-kira jam 9.10 pagi. Orang ramai yang beriadah di tepi pantai berhampiran lokasi kejadian gempar apabila melihat sebuah kereta Proton Wira terbakar dan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu. Difahamkan beberapa orang awam mencuba menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung dalam keretanya yang terbakar tetapi gagal kerana pintu kereta  tersebut berkunci.


Berikutan itu, mereka hanya mampu melihat mangsa rentung bersama kereta berkenaan kerana api dipercayai bermula dari dalam kereta, marak dengan pantas memusnahkan kenderaan itu dalam masa hanya beberapa minit. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Chang Wooi Teong, 44, berdasarkan pemeriksaan rekod pemilikan kereta berkenaan.


Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Tuesday, October 18, 2011

Lelaki Tidur Berteman Mayat

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah...

USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

GERIK: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.
Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.

Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian.

MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.

Kelar Bayi Sendiri....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah....



MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Sumber Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Apa dah jadi dunia ni.... sanggup kelar anak sendiri??? orang lain nak kan anak tak dapat2... ni pula ada anak dibunuhlah pula... bayi tu masih suci tak mengenali dunia lagi....

Friday, October 14, 2011

No Pork Served

Salam 1 Malaysia buat pembaca yang sudi singgah di blog ercy... cuba perhati gambar ni?? apa yang anda semua nampak hehehe....

Restoran Cina tetapi 100% x served Pork dan tukang masak orang melayu.

Wednesday, October 12, 2011

Selamat Datang ke Gunung Kinabalu....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah... semalam ercy x update blog ercy.. hari ni ercy nak berkongsi pengalaman ercy dengan anda semua pula..... ercy join blog ni pun disebabkan tidak tau nak buat apa dengan masa yang ercy ada... so terfikir buat blog nak nak cocet2 dalam blog... tapi masalah pula ercy ni tak pandai mengayat pula... ermmmm buat ni susah buat tu pun susah... sebenarnya ercy ambil masa yang panjang juga nak buat artikel ni.. ialahhhh ercy lepak dari blog orang ke blog yang lain semua lawa... siap ada kata2.. ayat yang tersusun n ada gambar lah pula... kebetulan terbuka nak cuba berkongsi pengalaman ni sebab ada pula ambil gambar2 semasa mendaki gunung kinabalu...

Awal Pendakian
Kenangan daki puncak setinggi 4,905 meter uji mental, fizikal

Tidak dapat dinafikan lagi, kecekalan semangat dan kekuatan mental adalah elemen penting dalam ekspedisi mendaki gunung. Ini lebih diperlukan bagi individu yang mahu mencabar diri menawan puncak tertinggi untuk pertama kali. buat pengetahuan pembaca ercy termasuk yang ini adalah yang kedua kali dah... yang sebenarnya untuk mendaki gunung kinabalu ni ada 2 laluan... yang pertama laluan pendakian Summit Trail pintu Timpohon menuju ke Laban Rata kira2 6km. pertama kali ercy mendaki mengikut trail ini. dan yang kedua laluan Summit Trail Pintu Mensilau menuju ke Laban Rata kira2 8km. 

Sebelum menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu persiapan mental dan ketahanan menghadapi cuaca sejuk lebih penting daripada segala-galanya. badan perlu sihat dan cergas untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. Jika diikutkan, laluan pendakian Summit Trail pintu Timpohon menuju ke Laban Rata agak mudah kerana sebahagian besarnya ialah tangga, tanah berbatu dan bonggol akar pokok. Jika dibandingkan laluan Summit Trail Mensilau yang agak tinggi dan curam. kali ini ercy menceritakan pengalaman ercy mengikut laluan Mesilau Ke Laban Rata walaupun lebih mencabar tetapi keindahan semulajadi di sepanjang pendakian sangat indah membuat ercy mendaki merasa berbaloi.. jadi pendapat ercy enjoy dalam pendakian juga sangat penting kerana ia memainkan peranan agar terasa tidak berapa penat dan bosan.
Namun, apa yang memberi cabaran kepada pendaki adalah keupayaan mengekalkan stamina bagi mengharungi pendakian sehingga ke puncak yang mengambil masa lama dengan diselubungi cuaca sejuk. Tapi bagi ercy tak lah sejuk sangat sebab pendakian membuat kita berpeluh oleh itu, ercy sekadar memakai pakaian sukan biasa sahaja mengikut keselesaan jugalah...

Namun apa yang penting biar lambat asalkan selamat...

Ikuti rentetan perjalanan kumpulan peserta ekspedisi pendakian selama dua hari dari Mesilau Trail hingga puncak Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter.


Selasa 

6.30 pagi :
 Perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Taman Kinabalu yang mengambil lebih kurang 2 jam 30 minit. 
Perancangan sebenar ialah memulakan pendakian lebih awal. Tetapi urusan pendaftaran di pejabat Taman Kinabalu mengambil masa hampir sejam menyebabkan agak lewat sedikit untuk memulakan pendakian. 


Start Penat Mendaki
9 pagi : Sebelum memulakan pendakian, jurupandu, sempat memberi penerangan ringkas mengenai ekspedisi sejauh kira-kira Lapan kilometer (km) menuju ke Laban Rata yang berada pada ketinggian 3,314.3meter (m) dari aras laut. 

Peringkat awal perjalanan agak mudah kerana laluan agak rata dan berbatu kecil. Namun, selepas kira-kira 30 minit, jalan mula membukit dan bertangga tetapi jarak yang agak jauh Kumpulan ekspedisi seramai 12 orang mula terpisah mengikut kelajuan pendakian masing-masing. 

12.30 tengahari : Sepanjang perjalanan menuju ke Laban Rata, ada lapan pondok rehat yang boleh disinggahi pendaki bagi melepaskan penat. Jarak di antara setiap pondok adalah antara satu hingga dua kilometer. Di setiap pondok juga disediakan tandas dan bekalan air semula jadi dari tanah tinggi. 

Sambil berehat, ada pendaki memberi makanan kepada beberapa ekor tupai yang datang menghampiri pondok. Gelagat tupai yang jinak sedikit sebanyak mengurangkan rasa letih mendaki. 



Sambil bergambar Suasana Mendaki

3 petang : Mungkin persiapan dari segi kecergasan kurang mantap, pendakian sesetengah peserta ekspedisi agak perlahan. Disebabkan tenaga yang kian berkurangan, ramai antara kami kerap berhenti. Peluang berhenti berehat tidak disia-siakan begitu saja, kamera digunakan untuk merakam pemandangan indah serta ‘kelibat’ puncak Kinabalu yang semakin jelas. Cuaca cukup baik dan laluan pendakian dipenuhi spesies pokok bantut yang jarang-jarang ditemui di kawasan rendah. 

4 petang : Papan tanda menunjukkan ‘8 km’ memberi kelegaan kepada kami. Beberapa puluh meter saja lagi Laban Rata, kawasan yang menempatkan rumah rehat untuk pendaki berehat dan bermalam bakal dijejaki. Kami menuju ke rumah rehat Gunting Lagadan untuk meletakkan barang-barang. Beberapa peserta ekspedisi yang tiba hampir dua jam semua peserta sampai. Selepas itu, kami turun ke restoran di Laban Rata untuk menikmati makan malam. 

7.30 malam : Selesai makan malam, kami pulang ke rumah rehat Gunting Lagadan dan mula membersihkan diri. Selepas itu, masing-masing mengemas peralatan untuk pendakian dan mula melelapkan mata. Ini kerana pendakian hingga ke puncak akan dimulakan pada jam 3 pagi.

Rabu


2 pagi : Dengan cuaca yang sangat sejuk. Sebaik bangun dan membersihkan diri, semua peserta mula bersiap dan menikmati sarapan.


Muka2 yang bersiap untuk perjuangan mendaki puncak jelas kelihatan.


3 pagi : Peserta ekspedisi berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk ke laluan pendakian. Berbeza dengan pendakian semalam yang dilakukan ketika hari cerah, pendakian awal pagi memerlukan kami mendaki dalam gelap. Justeru, lampu suluh perlu dipakai di kepala, pakaian tebal dan sarung tangan juga perlu disarung. 
Hampir 700 meter perjalanan awal memerlukan kami mendaki tangga curam. Selepas tangga, kami mula melalui latar jalan berbatu granit dan di sesetengah 


5 pagi : Sebahagian peserta ekspedisi sudah pun tiba di puncak manakala yang lain masih berada kira-kira 500 meter di bawah puncak. Ketika ini, masing-masing menikmati pemandangan matahari terbit dari puncak gunung Kinabalu yang cukup mengasyikkan. 

Sementara berehat semasa membuat pengesahan


tempat, kami perlu mendaki sambil berpaut pada tali. Kemudian, peserta berhenti di pondok Sayat-Sayat untuk 
memberikan nama kepada petugas di situ. Ini bagi mengesahkan peserta sudah sampai ke tahap ketinggian terbabit untuk direkodkan dalam sijil.



6.30 pagi : Beberapa peserta ekspedisi yang berehat seketika di bawah puncak ketika matahari terbit, akhirnya berjaya tiba di puncak. Mujur cuaca panas terik, jadi jurupandu pendakian masih membenarkan kami mendaki ke puncak biarpun agak lewat berbanding pendaki lain.

Kebiasaannya, pada waktu begini pendaki dikehendaki turun kerana bimbang cuaca yang terlampau sejuk dan berkabus akan membahayakan perjalanan turun. Kira-kira 15 minit melihat taburan kepulan awan dan bentuk muka bumi pergunungan, kami akhirnya turun dari puncak.


Akhirnya Perjungan Tercapai....

8.00 pagi : Peserta tiba di Laban Rata. Perjalanan turun tidak semudah yang disangka. Kami mengambil masa untuk berehat sebentar dan menjamah makanan tengahari di restoran.

10 pagi : Selesai berehat dan makan, kami berasa lebih bertenaga untuk meneruskan perjalanan menuruni Gunung Kinabalu. Kebanyakan peserta ekspedisi sudah turun kira-kira 40 minit lebih awal.


Bergambar dulu...
12 tengah hari : Badan yang letih dan kesakitan pada bahagian kaki membuatkan kami berjalan perlahan dan berhati-hati terutama ketika menuruni tangga yang curam. Akhirnya, kami semua tiba di pintu Timpohon dengan selamat.


Selamat Sampai di Pondok Timpohon
Merenung kembali, ercy tidak sangka akhirnya impian mendaki Gunung Kinabalu kali ke-2 tercapai juga... 


Bergambar kenangan selesai sudah perjuangan kami