Pages

Thursday, September 29, 2011

Sangka Bom Meletup

Salam 1 Malaysia Kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog ercy...

MUSNAH...pusat beli-belah yang rosak teruk. Gambar kanan, keadaan di bahagian luar bangunan.    
SUBANG JAYA: “Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan insiden ini dengan kumpulan pengganas atau bom C4,” kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan yang melawat lokasi kejadian letupan bangunan pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, di sini, awal pagi semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu hanyalah kemalangan yang berlaku berkemungkinan besar berpunca daripada kecuaian dan tiada sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan khianat.

“Apapun, perkara ini masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor serta Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya yang juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi itu, letupan kuat yang dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas di sebuah restoran di aras bawah tanah pusat beli-belah itu mencederakan empat orang selepas terkena serpihan kaca dan percikan api.
CEDERA...Tan dan Daryl.

Letupan itu bukan saja memusnahkan sebahagian daripada bangunan berkenaan, malah turut mengakibatkan kerosakan di bangunan Wisma Consplant 2 yang terletak bertentangan pusat beli-belah itu.

Seorang daripada empat mangsa yang cedera, Daryl Chua, 27, berkata ketika kejadian dia dan teman wanitanya, Tan Wern Fang, 24, sedang berjalan ke mesin bayaran parkir untuk membuat bayaran.

“Kira-kira 10 meter sebelum tiba ke mesin berkenaan, tiba-tiba berlaku letupan kuat menyebabkan kami berdua terpelanting. Saya segera mendapatkan teman wanita yang sedang terbaring dan mengangkatnya ke seberang jalan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, dua kereta milik dia dan teman wanitanya rosak teruk akibat letupan berkenaan. Bagaimanapun, dia menyifatkan diri mereka bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan. Pasangan kekasih itu dan dua pengawal keselamatan yang cedera kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, letupan dipercayai bermula dari sebuah restoran di tingkat bawah,” katanya.

Maklumat Diperolehi Dari : http://www.hmetro.com.my/

774 Wanita Tempatan Ditipu RM24j Dalam 8 Bulan

Salam 1 Malaysia Kepada Pembaca Blog Ercy yang sudi Singgah...

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.


Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Kontroversi Hantu Bonceng tanda ‘orang sayang’

Salam 1 Malaysia bagi yang sudi baca berita ini....


Pengarah: Kontroversi Hantu Bonceng tanda ‘orang sayang’KUALA LUMPUR, 28 Sept — Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan kontroversi berkaitan filem Hantu Bonceng arahannya dan ditayangkan sejak awal Syawal menunjukkan “tanda sayang masyarakat” terhadap karya itu.
Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ahmad Idham berkata, filem tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang kecuali sensitiviti sesetengah masyarakat yang mungkin terkeliru.
“Orang kalau marah kita, maknanya dia sayang kita... jadi di sini saya dapat lihat masyarakat sekeliling peka dengan situasi yang berlaku dalam filem itu dan saya juga menerima teguran dan kritikan mereka,” kata beliau.
“Mungkin mereka keliru, realiti yang berlaku adalah situasi itu sebenarnya adalah tidak seperti yang mereka lihat,” tambah beliau.

“Dakwaan penggunaan dialog-dialog yang sensitif dalam filem juga tidak timbul kerana ia hanya satu salah faham dan kami telah atasinya dengan cara yang berhemah dan mesra,” tambah Ahmad Idham.
Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Wednesday, September 28, 2011

Campak nenek dalam kolah

KAJANG: Seorang nenek bukan saja ditikam di leher, tetapi kepalanya turut dihentak dengan objek keras sebelum tubuhnya diseret dan dicampakkan dalam kolah bilik mandi di rumahnya di Kampung Pasir Baru Peringkat, Jalan Sungai Lalang di sini, semalam.
Pembunuhan kejam itu dipercayai bermotifkan samun, tetapi jumlah kerugian belum diketahui berikutan polis belum dapat menemubual keluarga mangsa yang masih trauma.
Mayat mangsa, S Danaletchemee, 64, ditemui berlumuran darah oleh anak keempatnya sebaik lelaki berusia 36 tahun itu pulang daripada kerja pada jam 12 tengah hari.

Menantu mangsa, N Murugan, 35, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh isterinya dan bergegas ke rumah ibu mentuanya itu dari tempat kerjanya.

Menurutnya, sebaik tiba, isterinya K Yasotha, 35, memberitahu abang iparnya, K Krishnan, 36, menemui mayat mangsa berlumuran darah dalam bilik mandi.

“Krishnan memberitahu leher ibu saya ditikam manakala kepalanya dihentak dengan sesuatu. Mungkin ibu mentua dibunuh di dalam biliknya sebelum diseret ke bilik air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Murugan berkata, sebelum mayat mangsa ditemui, Krishnan sangsi dengan keadaan pintu pagar dan rumah yang tidak berkunci selain terkejut melihat ruang tamu dan bilik berselerak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis menerima panggilan telefon daripada keluarga mangsa pada jam 1 tengah hari memaklumkan seorang warga emas ditemui mati di dalam tandas.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disamun dan ditikam di leher selain terdapat kecederaan akibat dihentak objek tumpul di dahi.

“Polis percaya jenayah ini dilakukan lebih daripada seorang suspek. Pasukan forensik tidak menemui sebarang kesan umpilan pada pagar dan pintu rumah berkenaan dan ini menunjukkan suspek mungkin mengenali mangsa kerana jenayah dilakukan terancang.

“Polis turut menemui parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dapur manakala sebilah pisau ditemui di dalam laci rak di dapur yang siap dicuci,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ab Rashid berkata, polis turut menemui kesan darah mangsa dari kawasan bilik tengah hingga ke dapur dan dipercayai suspek mengheret mangsa untuk ditelungkupkan dalam kolah air selepas dibunuh.

PILU...anak mangsa ditenangkan ahli keluarga dan polis.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my
Katanya, pasukan forensik sudah mengambil kesan cap jari pada senjata berkenaan dan polis akan merakam keterangan keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kelibat individu mencurigakan di kawasan rumah mangsa sebelum kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

Tuesday, September 27, 2011

jerat Halus

Salam 1 Malaysia 

TRAUMA...Anisa menunjukkan laporan polis dibuatnya kepada wartawan Harian Metro.
BERITA: “Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan.
“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.

Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO. 

Maklumat Dari: http://www.hmetro.com.my

Friday, September 23, 2011

Jabatan Kebajikan Serbu Rumah Neraka

Salam 1 Malaysia.. Hari ni ercy nak berkongsi berita lagi... hehehe... mcm biasa ercy senang nak berkongsi apa yang ercy baca tapi terpulang samaada berminat nak baca atau x.. k?? x ada paksaan hehehe... (kasarnya bahasa ercy)... maaf ya... kalau kasar..

Kejadian berlaku di Kuala Lumpur, lebih kurang 14 orang ditemui di rumah kebajikan yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu tanpa pendaftaran yang sah. 2 remaja 16 tahun dirantai, seorang warga emas dibiarkan tidur dan tinggal bersama 40 anjing, sepasang suami-isteri yang uzur berbaring di atas katil penuh dengan najis, 3 warga emas tinggal di bilik yang usang serta atap yang bocor dan 10 orang kanak2 dalam lingkungan 10-14 tahun berhimput tidur dalam sebuah bilik seluas 6 meter persegi sahaja.

TAK TERURUS...tempat tidur warga emas di pusat terbabit.
BERITA: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis. 

Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

PINDAH...seorang penghuni dibawa keluar anggota PBSM.
Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.

Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.



Tak sangka pula perkara sedemikian ada berlaku.. masa ercy terbaca berita ni sedih dan kecewa di mana letaknya hati naruni orang yang pelaku sedemikian..

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Thursday, September 22, 2011

Pendulang Emas Maut Didalam Lubang....

Salam 1 Malaysia.... cian berhasrat mencari rezeki yang lebih  kerana bakal menimang anak ke-2 dalam tempoh 3 bulan lagi namun maut yang menimpah.... Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, yang terbunuh ketika mendulang emas.maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih 5 meter yang digalinya di ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM) di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing

Petikan artikel dari Harian metro.
 BERITA: “Sebaik tiba, saya dengar dia menjerit Allahuakbar serta mendengus kuat sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran,” kata Mohd Khamsani Kassim, 43, bapa mentua Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, yang terbunuh ketika mendulang emas di sini, kelmarin.

Mohd Shafadrul maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih lima meter yang digalinya di ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM) di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini, runtuh kira-kira jam 9 malam.

 
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Hubung di sini, menggali terowong itu berseorangan.
Mohd Khamsani berkata, menantunya memaklumkan kepadanya untuk keluar membeli barangan keperluan harian pada jam 6 petang kelmarin, namun sehingga jam 9 malam dia tidak pulang ke rumah.

“Saya keluar mencarinya di sekitar kampung sebelum ke ladang berkenaan kerana arwah sudah beberapa kali ke situ untuk mendulang emas sebelum ini walaupun saya melarang,” katanya.

Sejurus Mohd Khamsani tiba di tempat kejadian, dia menemui motosikal, beg dan peralatan mendulang emas milik mangsa berhampiran lubang digalinya.

“Saya hampir menangis apabila terdengar suaranya melaungkan Allahuakbar sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran. Saya berusaha menggali lubang itu untuk menyelamatkan arwah, namun gagal.

“Saya menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Menurutnya, ladang milik PKAYM itu sering menjadi tumpuan pendulang emas haram kerana lokasi itu dikatakan mengandungi banyak emas.
DALAM...lubang yang digali mangsa di tempat kejadian.
Selain itu, kekerapan pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Gunung Twiss yang dijadikan sasaran pendulang emas haram membuatkan mereka beralih ke ladang berkenaan.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, berkata Mohd Shafadrul yang bekerja sendiri seperti mengambil upah menebas di kebun pernah meluahkan hasrat untuk mendapatkan pendapatan lebih dengan mendulang emas kerana bakal mendapat anak kedua, tiga bulan lagi.

“Dia gembira kerana bakal menimang anak kedua dan disebabkan itu dia mahu mencari pendapatan tambahan. Saya dan suami sudah melarangnya ke sana kerana kerja itu bahaya, tetapi dia tetap melakukannya secara sembunyi-sembunyi,” katanya.

Menurutnya, perubahan sikap anak sulung mangsa, Mohd Adam Haikal, 18 bulan, daripada ceria kepada muram seolah-olah petanda bapanya bakal dijemput Ilahi.

Ayati berkata, sejurus mangsa meninggalkan rumah pada jam 6 petang, Adam mula muram dan ia berterusan hingga jam 9 malam.

“Kami gagal menghubungi arwah sebelum mengadakan bacaan Yasin dan tahlil sesama ahli keluarga bagi memohon keselamatannya. Pada masa sama, Adam terus muram dan enggan melayan kami,” katanya.

Menurutnya, Mohd Shafadrul yang berasal dari Batu Pahat tinggal bersamanya sejak berkahwin dengan anak sulungnya, Nurul Saufeqah, 20.

Jenazah Mohd Shafadrul dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi.

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my

Ponteng Sekolah 8 Bulan Kerana Hantu

Salam 1 Malaysia.... berita hari ni semua best2... buat ercy tertarik nak berkongsi dlm blog ercy ni.... hari ni on9 ja dah terpapar tajuk ni cukup memikat untuk baca berita selanjutnya.. ialah sanggup ponteng sekolah dah tu...8 bulan... bagaikan x percaya.... kalau 1 minggu 2-3 hari biasalah... maklumlah ada yang kaki enjoy sanggup ponteng sekolah kan... ercy harap sesiapa yang ada tabiat buruk ni janganlahhhhh amalkan.... rugi atas diri sendiri juga.....

Berita ni berlaku di Felda Keratong 5, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14 tahun seorang yang pintar dan lemah lembut bertukar menjadi seorang yang kasar dan menakutkan... jom baca petikan artikel ni k....

BERHANTU...bangunan baru yang disyaki menjadi tempat tinggal makhluk halus yang mengganggu pelajar dan guru sebuah sekolah di Muadzam Shah.

Wednesday, September 21, 2011

Proses Penanaman "URI"

Salam 1 Malaysia.... ercy terbaca ni dalam online berita metro dan tertarik juga ialah benda ni sangat berguna kan... jom kita baca sama2 entry ni k...

Bagi yang bakal atau belum menjadi ibu atau bapa lagi maklumat ini sangat berguna... ialah selalunya bab urus uri ni kita akan serahkan kepada orang tua kita... sebab dengan alasan bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenainya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya. tapi kalau difikir semula bila anak2 kita pula yang sudah besar akan berbalik juga perkara yang sama kan?? kenapa kita x partice perkara ini pula...

uri adalah sebahagian daripada tempat bayi  

  

Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menyediakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapatkan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.



Bagi mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.

Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.

Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Menurut Pengarah Urusan ANP Solutions, Ade Azreena Mahadi, secara saintifik uri atau plasenta adalah ‘sarung’ yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin mendapat oksigen dan makanan daripada ibunya.

Oleh kerana ia sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata bagi mengelak dimakan anjing atau binatang lain.

Selepas mendapatkan pandangan agama maka lahirlah set asas pengurusan uri Grandma Secret yang baru saja dilancarkan dua bulan lalu.

Set berharga RM35 itu mengandungi bahan asas seperti periuk tanah, garam, asam jawa, kain putih dan sarung tangan getah. Fungsi periuk tanah adalah untuk meletakkan uri di dalamnya dan memudahkan ditanam supaya tidak dimakan binatang. 

Set Asas Pengurusan Uri Grandma Secre
Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah ketika membersihkannya supaya tidak menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.

Uri adalah darah lendir yang keluar ketika melahirkan anak. Justeru bagi memudahkan cucian, garam dan asam jawa boleh digunakan. Selepas itu barulah dibalut menggunakan kain putih dan dimasukkan di dalam periuk tanah sebelum ditanam. Bagi yang geli memegangnya, mereka boleh menggunakan sarung tangan disediakan.

Ade Azreena berharap dengan kehadiran set asas pengurusan uri, ibu bapa terutama yang baru pertama kali mempunyai anak tidak lagi tercari-cari bahan untuk menguruskan uri. Mereka hanya perlu membeli di kedai dan mengikut peraturan yang tertera pada kotak itu.

Walaupun terdapat pelbagai amalan ketika menanam uri, sebenarnya ia lebih kepada kepercayaan yang menjadi amalan sejak turun temurun. Namun sekiranya amalan berkenaan boleh memesongkan akidah ia adalah haram.

Jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam dan sawan, keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat.

Misalnya, ada juga yang percaya sekiranya uri ditanam bersama jarum atau paku, ia boleh mengelak daripada gangguan makhluk halus. Ini jelas salah dan berdosa kerana kita dilarang terus daripada percaya selain Allah.

Tambahnya, tiada doa khusus dibacakan ketika menanam uri cukup sekadar membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Jika ada yang berkata cara menanam uri ada kaitan dengan perilaku anak, ini tidak benar.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

Keseronokan Zaman Remaja.......

Salam 1 Malaysia.... akhirnya hari ni ercy kesempatan berkongsi juga...... lepas ja cuti raya kerja pun semakin banyak dibandingkan semasa puasa dan cuti raya baru2 ni...

k.. hari ni ercy nak kongsi isu kes jiwa remaja zaman sekarang ni.. hehehe.. mcm biasa ercy juga pernah melalui zaman ni kan.. zaman remaja yang cukup memberi impak dalam diri kita menjadi kenangan manis mahu pun pahit.... jika sebut ja zaman remaja mesti dalam kepala automatik terlintas "ENJOY"....

sekadar gambar hiasan
Enjoy...enjoy.... enjoy dengan aktiviti2 ada yang aktif dengan sukan... camping.... couple... hehehehe.... apa lagi... ercy nak berkongsi dengan rakan2 semua... zaman remaja... diketegori dari umur brapa hingga berapa bagi pendapat anda lah... kalau ercy 12 tahun - 19 thn betul kah?? hehehhe... entahlah tapi bagi ercy dalam lingkungan umur ini kita masih aktif dengan aktiviti2 yang memain jiwa dan perasaan kita betul kah?? ercy just berpendapat sahaja...

Dulu masa ercy aktif dengan bermacam-macam aktiviti x kiralah sukan... camping.... rohani n couple juga... hahahaha.. ialah nampak rakan2 ada BF kita pun nak juga kan.. tempat merajuk2 konon.... tapi apa pun yang kita buat mestilah direstui oleh orang tua kita k.. itu yang penting BERKAT katakan... supaya kenangan manis lebih banyak berbanding dengan kenangan pahit... tu yang menjadi penggangan diri ercy...

hahahaha... panjang lebar berbicara konon... hari ni ercy nak kongsi dengan berita isu di harian metro hari ni pula...

BERITA: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri kira-kira jam 8 malam apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

sumber diperolehi dari : http://www.hmetro.com.my


Monday, September 19, 2011

Amyza dan Jee Latiff Kembar seiras????

Salam 1 Malaysia... wahhh... bz teramat sekali sampai ercy x kesempatan nak update blog ercy sendiri ... awal pagi lagi dah nak ready meeting start jam 8.30am... rasa lain pula x berblog kan?? hahahha.. ialah dah biasa buka blog baca apa yg update hari ni... hari ni ercy nak kongsi dengan pembaca isu hiburan d Malaysia ni....

Ramai peminat mengatakan mereka seiras
Betul kah??? Amyza n Jee kembar seiras?? tengok pic yang ercy dapat ni sama kag wajah mereka???

PADA awal pembabitan Amyza Aznan atau Amyza, 37, dalam dunia hiburan tempatan, wajahnya sering dikaitkan dengan Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau Jee Latiff, 40. Kata peminat mereka macam kembar seiras. Malah ada juga yang bertanya adakah dia adik kepada penyanyi popular itu.

Perkara itu turut disedari Amyza selepas ramai memperkatakannya. Waktu itu Amyza sering menidakkan apa yang diperkatakan kerana malu. Katanya lagi, siapalah dia hendak dibandingkan dengan Jee yang punya nama besar dalam industri muzik tempatan.

Waktu sama, kata Amyza yang ditemui pada satu majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini, dia memang meminati Fauziah sejak kecil dan seingatnya sejak tingkatan satu.

“Dulu masa zaman budak-budak, apabila orang kata muka saya mirip Jee, saya selalu belek wajah di hadapan cermin. Waktu sama hati turut bertanya, benarkah wajah saya sama dengannya dan dari sudut mana?

Bagaimanapun, sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni hanya sekali dia ditemukan dengan penyanyi terbabit bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk menghiasi muka hadapan majalah. Waktu itu hatinya sangat berbunga kerana dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya.

“Peluang itu saya peroleh selepas enam tahun bergelar pelakon. Mungkin kerana sudah ramai orang menyebut wajah kami serupa menyebabkan editorial majalah itu mendapat idea untuk menemukan kami,” kata Amyza.

Selepas itu, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Jee lagi sehinggalah apabila mereka bertemu sekali lagi pada majlis sambutan Aidilfitri terbabit. Kebetulan Jee dijemput untuk menyanyi.

Lalu peluang itu digunakan Rap untuk merakamkan gambar mereka berdua buat pembaca setia dan peminat bagi melihat sendiri dari sudut mana wajah dua artis terkenal ini dikatakan sama.

Pertama kali mendengar kenyataan mengatakan wajahnya sama dengan Amyza membuatkan Jee tertanya-tanya. Bagaimanapun, apabila pertama kali melihat wajah pelakon itu, penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu mengakui tersenyum.

“Apabila melihat wajahnya buat pertama kali saya faham mengapa ada yang mengatakan wajah kami mirip. Mungkin bentuk rupa ada sikit iaitu bujur sirih dan waktu sama saya kelihatan lebih cengkung sedikit. Ada satu klip video pernah saya hasilkan waktu isu saya sangat kurus. Apabila melihatnya kembali memang saya dan Amyza nampak seiras,” katanya.

Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my

Friday, September 9, 2011

Isu Natasya semakin meluas.....

Salam 1 Malaysia... Ercy nak kongsi bersama perkembangan isu ini pula... sekian lama ercy mencari maklumat-maklumat berkaitan rupanya demi untuk memisahkan pasangan sonsang ni dapat kembali ke jalan yang benar... apa dah jadi sudah kehabisan pasangan yang tulinkah dalam dunia ni??? Jom baca artikel2 yang ercy nak kongsi bersama bagi yang sudi utk berkongsi bersama k... Ercy percaya dah ramai yang dah baca artikel ni kan?? tapi ercy sekadar nak berkongsi baca bersama aja k.....

Artikel-artikel ni ercy dapat dari harian metro, Kosmo dan kiriman email jabatan ercy yang dikirim setiap hari dari seksyen ICT (Analisis Artikel).


NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.
BERITA: “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian Mohd. Hafizuddin Johari, 20 tahun demi keselamatan dan keselesaan hidup, . Menurut sumber, sejak bersama  hubungan pasangan tersebut sering diugut dan dicaci. semasa ditemui di Rumah Kelab Media.

Buang Bapa........

Salam 1 Malaysia... Berita hari ini membuat ercy tersentuh untuk berkongsi pendapat... apa dah jadi dunia sekarang ni??? Bapa sendiri sanggup dibuang...bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai yang dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas oleh anaknya itu.

MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara.


BERITA: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. 


Ini cerita Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu sejak kematian isterinya tersayang lebih kurang 12 tahun yang lalu yang sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60km menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di Labuan.

Warga emas bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. 

Maklumat dipetik dari Harian Metro.

Wanita paling gemuk di dunia

 Salam 1 Malaysia...

PAULINE salahkan gen.
Apa perasaan kamu kalau anda segemuk ni??? fuyohh... ercy dgn berat sekarang ni pun dah fobia... ercy sendiri x dapat bayangkan amcm teruskan hidup ni kalau tersekat ini x dapat buat itu x dapat buat.... beginilah kehidupan Pauline dari Sacramento. Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Berita  ni ercy dapat dari Metro Harian. Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California dan berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.

Menurut Pauline, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari. Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.

bayangkan lah beliau perlu kurangkan berat badannya sehingga 91kg sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.

Pauline menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik dan mengatakan bahawa keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.
 
Pauline mencaritakan tentang keluarganya dimana Berat badan ibunya ialah 181 kg dan bapanya pula lebih 272 kg, beliau mempunyai 8 adik beradik dan kesemuanya berat badan melebihi 136kg kecuali seorang sahaja.
 
Selain itu, setiap kali mereka meraikan sesuatu, mereka akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, mereka akan dipujuk dengan aiskrim.

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya

Marsha Tak Cuba Bunuh Diri....

Salam 1 Malaysia..

Semalam Ercy ada post berita pasal Marsha kan... cerita ni kesambungan cerita smlm apabila teman rapat marsha menafikan yang Marsha tak cuba bunuh diri seperti yang dilaporkan didalam akhbar semalam jom baca apa cerita seterusnya.....


Yahoo News–  Menurut teman rapat bekas pelajar AF3 Afeeq Abdul Rahman menafikan berita tersebut. Dipetik daripada laman sesawang mStar, Afeeq memberitahu Marsha jatuh pengsan di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama kerana trauma akibat kemalangan yang berlaku sebelum itu, bukan disebabkan mengambil pil berlebihan seperti yang dilaporkan. Dia masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripadanya tetapi difahamkan sebelum Marsha rebah, dia telah keluar membeli makanan di sebuah kedai berdekatan rumahnya dan mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.

Marsha masih boleh memandu ke rumah seperti biasa selepas insiden berkenaan. Namun selepas meletakkan kereta di kawasan parkir, dia jatuh pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya.

Malah Afeeq tidak menolak kebarangkalian masalah penyakit tekanan darah rendah yang dialami oleh penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini menjadi salah satu faktor dia rebah.

Afeeq turut menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mahu membunuh diri seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Laporan yang dikeluarkan ternyata salah kerana Marsha bukanlah jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri.


Thursday, September 8, 2011

Marsha AF pengsan telan 30 pil

Salam 1 Malaysia...

Marsha Milan Londoh
Siapa tak kenal Marsha Milan Londoh af3 berasal dari sabah sentiasa murah dengan senyuman dan seksi.. hehehe... hari ni keluar cerita di akhbar mengatakan beliau pengsan akibat daripada telan 30 pil dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling Jaya, didapati tidak sedarkan diri di rumahnya.

Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

Dia dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil, dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.

Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang hanya mengetahui berita itu daripada rakan.

sumber didapati dari: berita harian

Mangsa Puas.......

Salam 1 Malaysia.... Macam biasa kepada yang sudi baca dan tinggalkan jejak di blog ercy... ercy sekadar berkongsi apa yang ercy baca hari ni... terkejut juga ercy bila terbaca tajuk berita ni...

REMUK...kereta yang dilarikan penjenayah terlanggar pokok menyebabkan seorang mati. Gambar kecil, Vijayaratnam dan isterinya, Vijayalakshmi. 
Mangsa rompakan  S Vijayaratnam, 47 tahun bersama isterinya G Vijayalakshmi, 45 tahun ditetak di kepala sempat menjenguk mayat seorang daripada penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi

“Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu,” kata S Vijayaratnam, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan 2 penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Kaki Tersepit Masih Tersenyum.....

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy...

hahaha...anda biasa bernyayi sambil mandi kah??? ini kisah kanak-kanak 10 tahun Ahmad Aminuddin Mohammad dari Kampung Sungai Seligi Pasir Puteh masih mampu tersenyum walaupun kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas kira-kira 30 minit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang sebaik pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal. Disebabkan asyik menyanyi, kaki kirinya tergelincir lalu termasuk dalam lubang tandas menyebabkan anak bongsu daripada 8 beradik itu teriak meminta tolong dengan ibunya Rogayah Mat Isa, 45 tahun pada masa itu berada di ruang tamu dan pada mulanya tidak pempedulikan jeritan anaknya bongsungnya itu memandangkan ia gemar menjerit dalam bilik air.

Tetapi tidak lama kemudian jeritannya macam menanggung kesakitan  bergegas ke bilik air melihat keadaannya. Nasib baik dia tidak mengunci pintu sebelum terkejut melihat dia terduduk dengan kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas.Khabar carita dari ibunya semasa kaki anaknya tersepit, Ahmad Aminuddin Mohammad sempat bertanya perutnya lapar ada makanan kah?? 

sekadar gambar hiasan
Hahaha... agak2 budak ni peminat setia Misha Omar kot??? nak tau napa?? sebab Misha bernyayi sambil hentak2 kakinya... budak ni pun mandi sambil bernyayi hentak2 kaki juga kot???

Maklumat diperolehi dari: Harian Metro

Monday, September 5, 2011

Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy... ercy tau isu ni mesti semua dah tau kan?? ercy x nak crita pjg2 pasal isu ni just nak kongsi bersama mengenai isu tersebut... Perkara dah berlaku ercy berharap ia dapat menjadi pengajaran yang berguna buat semua orang dan marilah kita sama2 doakan arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman...aminnn

Yang sudi baca silakan sahaja..... ercy kumpul beberapa gambar berkaitan dengan Allahyarham.

The body of 39-year-old Noramfaizul Mohd Nor, a Malaysian cameraman for Bernama TV, is carried out from a Malaysia air force plane at an airport in Subang outside Kuala Lumpur, upon arrival

Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Jumaat lalu (jam 10.40 malam waktu Malaysia) ketika arwah bersama sembilan lagi wakil media yang membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia yang kebuluran dalam perjalanan pulang ke hotel penginapannya di KM 4, bandar Mogadishu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda selain sebuah kenderaan pasukan keselamatan.             

AWAS DENGAN PRODUCT BUATAN CHINA......

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy ni dan slamat kembali bertugas bagi yang hari ni kerja dari lepas cuti raja ya.... ermmm.. awal pagi lagi ercy dengar dari kekawan sekerja cerita pasal isu ni.. so ercy tyn dari email kah?? yap... apa lagi cepat2 lah ercy check email ercy... wahhhh terkejut beruk juga nampak isu ni.. so kali ni ercy nak kongsi bersama pula dengan pembaca blog ercy k?? hehehe...

Berhati-hati band rambut di pasaran terbuka di sekitar bandar - Buatan dari China dijual secara pukal dan sangat murah!!!

Teks Email yang ercy terima mengatakan bahawa pengunaan kondom sedang dikitar semula ke dalam band rambut di selatan China.
 

Sumber Dari BEIJING (AFP): Dalam contoh terbaru produk-produk buatan China yang berpotensi membahayakan, band rambut getah telah terdapat dalam pasaran tempatan dan salun kecantikan di bandar-bandar Dongguan dan Guangzhou di selatan Guangdong daerah, akhbar harian China.

'Ini band getah yang murah dan berwarna-warni dan ikatan rambut menjual dan ....... mengancam kesihatan tempatan orang ramai, 'katanya .. Walaupun dikitar semula, band rambut masih boleh mengandungi bakteria dan virus, ia berkata.

Sunday, September 4, 2011

Diari cuti2 Ercy 28/08-03/09

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog... wahhhhh lama cuti lama juga entry di blog ercy seyap ja x ada crita2 nak kongsi... skali balik nak post pjg pula crita2 nak kongsi dgn pembaca yang sudi lepak di blog ercy yang x seberapa ni... hahahaha.. prasan ada pembaca... otak ni berlegar-legar dgn idea nak kongsi.. dah lewat ingat dah relax sikit baru nak post.. tapi x dpt tido lah pula...

Ercy balik Kampung ercy di Keningau... mungkin ramai tertanya2 dimana tu kan... hahaha....

 kedudukan keningau di peta
Map ni menunjukkan lokasi tempat Kampung ercy... kampung ercy di kategorikan bahagian pendalaman perjalanan dari kota kinabalu ke keningau (ikut jln tambunan) kira2 dalam masa 2.45 minit boleh sampai.. kalau dah biasa kira2 2jam boleh sampai kot tu pun had laju 80km/j min lah....

ini lah wajah pekan Keningau, Sabah.. Tempat ercy dibesarkan...
Lokasi Pekan Keningau Bahagian atas dekat Kg. Masjid Keningau, kawasan lapang tu malam terdapat gerai-gerai makan yang tekenal dengan soto kebanyakan pengusaha gerai makan malam tersebut dibuka oleh orang2 jawa dari indonesia.

ini adalah permandangan kedai papan terlama di pekan keningau.. hanya bahagian 1 baris kedai papan ni ja tinggal apabila pembangunan di pekan keningau dinaik tarafkan. Bahagian ini juga adalah tempat bas mini bagi penumpang yang balik di bahagian Sook-Nabawan dan kampung2 yang berdekatan sejalan.

Hahahaha... itu baru permulaan k.. cerita diari ercy seterusnya belum lagi start lah... nanti ercy sambung lagi bagi episod seterusnya... lega sikit bila dah masuk sikit..... crita dlm blog ercy.. so.. jumpa lagi di episod nexy k.. ercy nak masuk tido dulu.. tata... nite2 walau pun dah subuh ni... hahahaha....