Pages

Thursday, August 25, 2011

Mak Mah Pasrah

Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia buat pembaca pembaca yang sudi membaca blog ercy ni....

Artikel kali ni ercy nak kongsi dengan anda cerita pelakon veteran Malaysia siapa tak kenal Ruminah Sidek, 65, yang mesra disapa Mak Mah ibu kepada Adlin Aman Ramlie. 

Diminta meninggalkan rumahnya beberapa hari sebelum Ramadan
Hiburan: Pada pertemuan majlis berbuka puasa Restoran Saloma ditemani anaknya Adlin Aman Ramlie. Katanya  Apa pun Mak Mah akur dan terima dugaan ini dengan hati terbuka. Bohong katanya tidak sedih apatah lagi dizalimi individu yang dikenali pada usia emas begini, cuma sebagai insan Mak Mah perlu tabah.

Namun untuk Syawal kali ini, ia berbeza apabila mahligai kecil yang duduki sejak 7 tahun lalu dan dibina hasil titik peluh berlakon akan bertukar tangan membuatkan hati pelakon veteran itu resah dirundung duka mengenangkan sambutan hari raya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Namun, biar apa pun ibu kepada Adlin Aman Ramlie itu reda dengan ujian yang hadir di saat muslimin menantikan Ramadan.

Peristiwa diminta keluar dari rumah itu sudah 2 bulan berlalu. Selepas mengemas barangan peribadinya meninggalkan rumah itu jam 2 pagi. Mak Mah tidak ralat kehilangan harta benda sebaliknya yang membuatkan Mak Mah sedih kerana terpaksa meninggalkan mahligai yang menyimpan 1001 kenangan bersama arwah suaminya.

Kata Mak Mah lagi, barangkali orang mampu mengambil hak miliknya namun tidak sesekali dapat merampas kegembiraan hidupnya dikelilingi anak cucu termasuk anak tiri yang sudah dianggap darah daging sendiri.

“Di rumah itulah kami anak beranak berkumpul. Walau tidak sebesar mana, banyak kenangan ditinggalkan arwah suami. Ia umpama galeri seni yang menyimpan segala macam khazanah malah barang kesayangan peninggalan arwah suami turut saya pamerkan di sudut tertentu", katanya.

“Biarlah, selepas ini saya mahu membina sebuah lagi kediaman untuk menyimpan segala khazanah itu. Bukan bermakna saya kaya, tetapi wang simpanan dan hasil berlakon saya gunakan membina rumah itu,” katanya.

Sekali pun belum memutuskan lokasi atau di kediaman anak yang mana untuknya meraikan lebaran nanti, dia berharap perjalanan serta kehidupan harian dipermudahkanNya.

Baca Artikel lebih lanjut klik: Mak Mah pasrah
 
Maklumat Diperolehi Dari: http://www.bharian.com.my

Artikel Cerita sebelum ini klik: Mak Mah Dihalau Dirumah Sendiri
Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.





2 comments:

si cantik sally said...

aik..bior betol..sian mak mah

Unknown said...

x sangkah pula dah berpuluh2 tahun baru nak tuntut hak milik tanah tu... dulu x ckp kan?