Pages

Saturday, August 20, 2011

Aizat puasa, berkelana di Brisbane

Salam 1 Malaysia buat pembaca ... ermmm nak tau ercy memang peminat aizat ni... ercy minat bkn tgk hensom kah x.. tapi ercy minat sb lagu2nya.. memang ercy suka semua lagu2nya.. lirik2 nya memang meyentuh ke kalbu ercy tau... hehehe...  hari ni ercy ada terbaca ertikelnya dlm berita so ercy nak kongsi bersama boleh kan?? jom... apa ceritanya...

Aizat Sungai Lui

BERCUTI di bulan puasa mungkin kedengaran pelik bagi kebanyakan orang kerana beranggapan Ramadan membataskan kita untuk bergerak, apatah lagi waktu sama harus menjaga ibadat dan menahan lapar dan dahaga.
Namun, bagi penyanyi Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, 22, ibadat boleh dilakukan tidak kira di mana kita berada dan apa yang penting adalah niat hati serta keazaman. Tiada perkara yang boleh menghalang seseorang individu itu untuk berpuasa kerana ia wajib, kecuali jika benar-benar uzur dan tidak mampu untuk melakukannya.

Pada 27 Julai lalu sebaik selesai mengadakan konsert jelajah di Sabah dan Sarawak, Aizat mengambil peluang untuk bercuti panjang. Lokasi pilihan adalah Brisbane dan Gold Coast, Australia. Penyanyi yang popular dengan lagu Sungai Lui itu berada di sana selama 14 hari.

Cerita Aizat, ketika mengunjungi Balai Berita, baru-baru ini, dia pernah bercuti dalam bulan puasa dan langsung tidak berdepan masalah. Begitupun dia pastikan akan tiba lebih awal sebelum Ramadan tiba, jadi aktiviti yang memerlukan dia bergerak aktif dapat dilakukan terlebih dulu.




“Saya memang tidak dapat mengelak kerana hanya bulan Ramadan saja saya punya masa untuk bercuti. Kalau hendak pilih hari biasa memang susah. Ada saja aktiviti yang perlu dibuat. Jadual pula selalunya padat. Seperti juga tahun lalu, saya bercuti di London, Britain juga dalam bulan puasa,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai percutian kali ini jelas Aizat, dia ke sana ditemani abangnya juga pencipta lagu Anas Amdan atau Anas dan juga teman baiknya, Cyrus Ahmad Shukri (Cyrus).

“Australia bukanlah asing bagi saya kerana sebelum ini pernah juga beberapa kali ke sana. Tambahan pula abang saya termasuk Anas turut melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Australia. Cuma istimewanya pemergian saya kali ini turut ditemani Cyrus yang tidak pernah bercuti di sana,” katanya.

Selain itu kata Aizat, antara perkara yang membuatkan dia mahu sangat bercuti ke Australia adalah untuk menyaksikan festival muzik ‘Splendour in the Grass’ yang menghimpunkan ramai pemuzik ‘indie’ dari seluruh dunia.

“Festival ini sudah bermula dari 2001 dan berlangsung di Byron Bay. Pada permulaan ia diadakan selama sehari bagaimanapun apabila perkembangannya semakin baik dan menjadi tumpuan ia diadakan tiga hari.

“Bayangkan setiap kali festival ‘Splendour in the Grass’ diadakan, ia akan dikunjungi hampir 30,000 orang. Ia festival muzik musim sejuk terbesar pernah diadakan dan populariti festival ini menyebabkan orang dari seluruh dunia datang menyaksikannya,” katanya.

Menariknya sepanjang tiga hari mengunjungi festival muzik terbabit kata Aizat, dia berasa seronok melihat lautan manusia membanjiri lokasi ia berlangsung.

“Orang yang mengunjungi festival terbabit akan berkhemah selama tiga hari termasuklah kami. Menyaksikan konsert sangat menakjubkan kerana ramai pemuzik datang dan mengadakan persembahan.

“Selain itu pengurusan festival ini juga bagus. Saya sangat kagum dan puji cara mereka bekerja. Jadual persembahan mereka sangat tersusun dan semua pemuzik mempunyai disiplin tinggi. Mereka tidak pernah melanggar waktu untuk mengadakan persembahan. Kalau ada yang lambat mengadakan persembahan pun ia tidak lebih daripada 15 minit,” katanya.

Bukan itu saja, cerita Aizat pihak penganjur ‘Splendour in the Grass’ turut menyediakan banyak pentas, bermula dari pentas utama sehinggalah sekecil-kecil pentas di mana hanya muat untuk seorang pemuzik dan penyanyi.

Selain konsert jelas Aizat, dia sempat juga membawa Cyrus berjalan di sekitar bandar Brisbane dan dalam waktu sama mereka juga mengunjungi kawasan pantai terkenal di Gold Coast iaitu Surfer’s Paradise.

“Bagi saya secara peribadi yang sudah pernah ke Australia memang menggemari suasana bandar Brisbane kerana bangunannya yang tersusun di samping seni bina unik. Selain itu, kita akan dapat lihat begitu banyak arca hasil karya seni artis tempatan. Ia membuatkan bandar Brisbane lebih menarik,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya berpuasa di sana dalam masa seminggu, kata Aizat dia tidak menghadapi masalah ini kerana Anas punya ramai kawan di sana dan mereka tinggal bersama mereka.

“Bertuahnya kami apabila dapat masak bersama untuk berbuka. Tambahan pula Cyrus seorang tukang masak jadi hidangan yang dihidangkan juga sedap-sedap jadi tidaklah saya berasa rindu dengan masakan di Malaysia. Restoran halal dan tempatan juga ada banyak di sana. Soal makan untuk berbuka puasa tidak jadi masalah.

“Dalam waktu sama juga puasa di sana tidak panjang kerana musim sejuk matahari terbenam awal. Bayangkan setiap hari kami akan berbuka puasa jam 5.30 petang dan waktu itu sudah pun gelap,” katanya.

2 comments:

Iffah Afeefah said...

berkelana..lme tak dgr

ercy said...

SALAM TQ SUDI KOMEN....