Pages

Wednesday, August 24, 2011

Persiapan Raya Musnah.. Berita Dari Borneo Sabah.

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca blog...

Persiapan Raya..... semua orang teruja nak raya... tapi kena ingat sentiasa berhati2 walau dimana pun berada tidak kira di rumah... hari ni ercy nak kongsi artikel berkaitan dengan kebakaran persiapan raya... segala2 telah disediakan untuk menjelang raya tidak lama lagi kan?? tapi apa prasaan kita kalau dalam sekelip mata sahaja ia musnah?? sedih? kecewa? tidak dapat meraya di rumah sendiri malah menanggung rugi lagi... pening2... berhati2 lah walau apa sahaja yang kita buat.. berdoa supaya sentiasa perjalanan hidup kita sentiasa aman... susah kita nak katakan sebab kemalangan berlaku bukan sahaja dari diri sendiri tapi dari org lain tetapi terkena pada diri sendiri.. walau apapun berlaku kita tidak dapat elakkan tatapi berjagalah sebelum berlaku...

Jom kita baca artikel dibawah ini yang ercy dapat dari Utusan Borneo.

"Persiapan Raya Hangus"
TERBAKAR...Pasukan bomba dan penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Sembulan Lama   

 BERITA:  Kejadian kira-kira jam 5.30 petang 22 Ogos 2011 (Isnin) 4 buah rumah termasuk sebuah balai raya di kampung berkenaan musnah terbakar di Kampung Sembulan Lama. Salah seorang mangsa, Suhaimi Sulaiman, 38 berkata, segala persiapan raya yang dilakukannya sejak beberapa hari lepas hangus terbakar.

“Sejak saya dilahirkan 38 tahun lepas, saya tidak pernah menyambut Hari Raya di tempat lain … saya tidak tahu apa akan terjadi selepas ini.

“Mungkin saya hanya akan beraya di rumah saudara-mara saya tapi ia pasti tidak sama seperti sebelum ini,” katanya sedih ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.

Suhaimi berkata, sebelum kejadian dia berada di rumahnya dan hanya menyedari kebakaran berlaku apabila terdengar jeritan ‘api!’ dari luar rumahnya.

“Apabila saya melihat ke luar melalui tingkap, saya nampak api sedang marak di balai raya bersebelahan rumah saya.  Tanpa berfikir panjang saya terus membawa keluar tiga orang anak saya dan beberapa ahli keluarga lain.

“Kami juga tidak sempat menyelamatkan apa-apa harta benda kerana api marak dengan begitu cepat sekali,” katanya.

Artikel Lanjut Klik: persiapan raya hangus

"Persiapan Raya sepuluh Keluarga Musnah"

BERITA: Sandakan Kampung Karamunting Baru, apabila 10 keluarga sehelai sepinggang hilang segalanya persiapan Hari Raya Aidilfitri selepas rumah mereka musnah dijilat api. Kejadian berlaku kira2 jam 3 pagi memusnahkan 7 buah rumah, sebuah kedai runcit, sebuah kereta jenis proton dan sebuah motosikal.

Seorang mangsa, Osman Mansor 37 thn memberitahu dia sedang tidur terbangun apabila terdengar bunyi letupan yang agak kuat sebelum mengejutkan isteri dan keluarganya.

Apabila bergegas keluar dia dapati api sedang menyala pada rumah mereka. Beliau bersama bapa mentuanya serta beberapa anggota keluarga telah menyelamatkan 2 kereta milik keluarga tetapi sebuah kerata lagi terbakar akibat api menyala dengan pantas. motosikal miliknya juga musnah terbakar walaupun dia telah berusaha mengeluarkannya dari kawasan kebakaran.

Osman tidak sempat bersahur awal pagi dan bapa mentuanya Zainuddin Mohamad 62 thn berkata segala persiapan Aidilfitri keluarganya hilang sekelip mata sahaja dan tidak menyangka kejadian itu berlaku.


1 comment:

Kancil 8349 said...

kesian kepada mereka...apapun kita kena berwaspada...mungkin kita juga akan kena macam tu...minta perlindungan daripada Allah...