10 orang warga indonesia, 9 maut dan 8 mayat bertindih semasa kemalangan apabila kenderaan jenis Toyota Rush dalam perjalanan dari bintulu menuju serian bertembung sebuah lori membawa muatan ayam beku.
REMUK: Kenderaan yang dinaiki oleh sepuluh warga Indonesia remuk dalam kejadian itu manakala gambar bawah lori yang terbabas ke pinggir jalan selepas hilang kawalan. |
Percutian di Sarawak berakhir dengan tragedi ngeri dalam kemalangan |
Maklumat diperolehi dari: http://www.theborneopost.com/2011/08/18/9
SRI AMAN: Seramai sembilan orang warga Indonesia terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan SUV dengan sebuah lori mengangkut buah-buahan di Jelukong, Engkilili dekat sini, jam 3.30 pagi, semalam.
Kesemua sembilan penum-pang yang terkorban di tempat kejadian itu dikenali sebagai Juhran, 26, Asmadi, 51, Yusran Said, 29, Maulidi Jabiah, 25, Ilham Tamrin, 27, Ilham Muzani, 26, Jafri Annuar, 26, Muslimin Jabiah, 25 dan Junaidi Tamrin, 38 tahun.
Manakala pemandunya yang juga warga Indonesia dan mengalami cedera parah, dikenali sebagai Pamdin Tam, 40 tahun, telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan lanjut.
Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sri Aman.
Pihak polis dilaporkan sedang berhubung dengan Konsulat Kedutaan Indonesia bagi tujuan pengurusan kesemua mayat mangsa ke kampung halaman mereka.
Konsul Indonesia Joko Suprapto ketika dihubungi memberitahu semasa kemalangan tersebut berlaku kesemua mereka dipercayai sedang bercuti di Sarawak, dalam perjalanan pulang ke Sambas, Kalimantan Barat dari Bintulu.
Kesemua mangsa juga memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Kejadian dipercayai bermula apabila kesemua mangsa yang menumpang kenderaan SUV jenis Toyota Rush itu sedang da-lam perjalanan pulang dari Bintulu menuju ke arah Kuching.
Sementara itu pemandu lori berkenaan hanya mengalami ce-dera ringan manakala rakan- nya pula patah kaki dalam kejadian tersebut.
Menurut sumber terdekat, sebaik sahaja melepasi kawa- san Jelukong dekat Engkilili, kenderaan SUV yang dinaiki oleh 10 mangsa itu dipercayai hilang kawalan dan terus me-rempuh lori pengangkut buah dan sayur yang sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Saratok.
“Rempuhan kuat ini menye-babkan lori pengangkut buah dan sayur yang dinaiki rakyat tempatan itu terbabas tidak jauh dari kawasan kemalangan tersebut,” demikian menurut sumber.
Faktor kabus tebal semasa kejadian berlaku dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku.
Abadi Baju Raya
Maklumat Diperolehi Dari :http://www.hmetro.com.my/articles
REMUK...kereta sewa mangsa yang terbabit kemalangan. |
PILU...Nik Mohd Khairul melihat baju raya arwah anak saudaranya, Mohd Airil |
Kejadian pada jam 11.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Aswari Ariffin, 36, isterinya, Nik Herna Haryani Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Mohd Airil Zufairi Aswari, 3, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Cengal, Kemasek, di sini, selepas membeli persiapan Aidilfitri di Kuantan.
Mereka mati di tempat kejadian manakala adik Nik Herna, Nik Nursyafikah Mokhtar, 10, yang berada dalam kenderaan itu patah kaki dan tangan serta cedera di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Aswari dari Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas sebelum bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah bertentangan.
Menurut seorang lagi adik Nik Herna, Nik Mohd Khairul Azim Mokhtar, 20, ahli keluarganya itu mengambil kesempatan cuti umum sempena Nuzul Quran untuk membeli-belah bagi menyambut Aidilfitri di Kuantan.
“Abang ipar saya (Aswari) yang bekerja di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, baru mendapat gaji Selasa lalu dan dia menyewa Perodua Viva untuk membawa keluarganya membeli persiapan menyambut Aidilfitri.
“Dia bersama kakak dan anak bertolak ke Kuantan pada jam 11 pagi, tapi kira-kira sejam kemudian mereka berpatah balik untuk mengambil Nik Nursyafikah kerana sudah berjanji membawanya untuk membeli baju raya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Kemaman, semalam.
Nik Mohd Khairul berkata, dia tahu mengenai kemalangan itu selepas ibunya menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian pada jam 12 tengah malam.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mereka sudah dibawa ke Hospital Kemaman.
“Apabila tiba di hospital, kami terkejut apabila mendapati kakak, abang ipar dan anak mereka sudah meninggal dunia manakala Nik Nursyafikah dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata malam sebelum kejadian dia hairan melihat cucunya, Mohd Airil bangun bersahur dan membawakan segelas air minuman.
“Saya agak terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun sahur dan kelihatan ceria sepanjang pagi itu, namun saya tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku,” katanya yang mengakui tidak berasa sedap hati dan berdebar sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata ketika kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasek di sini, selepas membeli-belah di Kuantan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas dan gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah Kuala Terengganu,” katanya.
Menurutnya, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nik Nursyafikah parah di kepala serta badan dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pemandu Suzuki Swift, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 25, pekerja Tenaga Nasional Berhad yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Chukai patah kaki dan masih dirawat di Hospital Kemaman,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat parah di kepala dan badan dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Kemasik di sini, pada jam 2 petang semalam.
Sementara itu, abang ipar Nik Herna, Rahmat Idris, 29, yang ditemui di HSNZ memaklumkan Nik Nursyafikah berada dalam keadaan koma sejak dipindahkan ke hospital itu, awal pagi semalam.
“Saya tidak pasti keadaan sebenar Nik Nursyafikah yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik, cuma dimaklumkan doktor dia patah kaki dan tangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment