Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy...
Sementara menunggu masa plg kerja.. ercy nak mengambil kesempatan selamat hari raya buat semua muslimin dan musliman semoga peraya tahun ini memberi kenangan yang terindah dalam kehidupan anda semua... sebelum itu izinkan ercy memberi 1 nasihat dan berharap sangat berguna untuk anda semua yang membawa kenderaan balik, tak kira dekat kah jauh... terutama sekali mereka yang berniat memandu malam...
Perkara ini telah ercy dapat sebelum ercy post ke blog ercy ni... tapi ercy just sebarkan dalam office n saudara mara yang terdekat sahaja... kebetulan ercy masuk entry blog org yang ercy tak kenal huhuhu... Fakta ini memang di beri oleh PDRM buat masyarakat Malaysia terutama yang memandu malam balik ke kampung beraya k...
"HATI-HATI DENGAN TELUR AYAM"
Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar dengan telur ayam, janganlah segera menghidupkan wiper atau memancutkan air ke cermin kereta yang terkena cecair dari TELUR ayam tersebut.
Ini kerana, cecair dari TELUR ayam apabila bercampur dengan air, kelikatannya adalah seperti susu pekat dan akan mengaburkan 92.5% dari tahap penglihatan kita. Pandangan yang terhalang secara tiba-tiba tersebut memaksa kita untuk memberhentikan kenderaan dan di situlah kita mungkin akan menjadi mangsa perompak.
Inilah teknik dan taktik terbaru yang digunakan oleh pemangsa tersebut.
Kita dinasihatkan untuk meneruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga tiba di tempat yang selamat.
1 comment:
Salam...info yg baik elok dipanjang-panjangkan.
Entry itu datangnya dari SINI
Post a Comment