Pages

Friday, August 5, 2011

Isu Kematian Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38

Jiran Dr Rohani Kasim, 38, Azlina Abd Talib, 33 menunjukkan lokasi kejadian

Ahmad Azam, 51, abang sulung Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38 tidak sedap hati sejak Arwah pulang ke kampung untuk bersahur bersama keluarga pada sambutan satu Ramadan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai.

Ahmad Azam  tidak menyangka kejadian jenayah itu berulang sekali lagi apabila Dr Rohani Kasim, 38 dibunuh kejam

Ibu mangsa, Sharifah Razali, 72, berkata, dia menemui Allahyarhamah ketika sahur Ramadan pertama di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai. Ibu mangsa tidak nampak sebarang perubahan pada diri arwah. Cuma, dia sempat membeli barang keperluan harian sebelum pulang ke Ipoh 

Sementara itu, kakak arwah, Ruzaina Kasim, 41, berkata adiknya pernah mengadu tertekan mempunyai banyak kerja dan tidak dapat pulang selalu ke kampung untuk berbuka bersama sehingga migrain berhubung isu protes penyembelihan lembu betina bunting di Taiping baru-baru ini. 

Arwah  yang dipercayai mati dicekik sebelum itu, memberitahu ibunya, Sharifah Razali, 72, bahawa beliau bimbang kerana rumahnya diceroboh seminggu sebelum puasa dan kehilangan barangan kemas bernilai RM15,000, ketika pulang ke kampung 1 Ramadan lalu.

Kakak arwah Ruzaina, 41 pernah menasihatkannya yang tinggal bersendirian supaya menukar kunci rumahnya berikutan kejadian pecah sebelum ini. Tetapi tidak sangka dalam tempoh tidak sampai 3 minggu, rumahnya sekali lagi dipecah masuk tetapi kali ini berakhir dengan tragedi ngeri.

Ibu mangsa, Sharifah Razali, 72 dan  Kakak mangsa, Ruzaina, 41, berkata, kehilangan mangsa amat dirasai terutama menjelang Aidilfitri kerana arwah ‘bermulut riuh’ dan menceriakan suasana setiap kali mereka berkumpul walaupun Arwah seorang yang tegas.

Mangsa anak ke-7 daripada 10 beradik baru dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang pada 1 Julai lalu, sebelum ini, bertugas sebagai Pendaftar Kolej Pertanian di Sintok, Kedah.

Berikutan itu, 3 daripada 5 suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kejam Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Vaterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, diberkas polis kurang 13 jam selepas mayat mangsa ditemui. 

Dua daripadanya berusia 26 tahun termasuk seorang jiran mangsa ditahan di sekitar Tambun setengah jam selepas penemuan mayat manakala seorang lagi berusia 21 tahun di Tanjung Rambutan kira-kira jam 4.20 petang. Polis masih memburu dua lelaki lagi dipercayai turut terbabit. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, Rohani yang masih bujang, dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayat mangsa di dalam selimut tebal sebelum mengusungnya keluar rumah mangsa, manakala suspek lain menunggu di dalam kereta Kancil di luar pangsapuri itu 

Bagaimanapun, mayat mangsa yang dalam keadaan kaki terjulur keluar dari balutan tilam ditinggalkan di atas tangga selepas suspek terserempak dengan pengawal keselamatan yang membuat rondaan kira-kira jam 4 pagi. 

Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan.

Jiran mangsa, Azlina Abd Talib, 33, berkata, beliau yang bangun untuk bersahur jam 4 pagi mendengar bunyi bising di luar rumah apabila seorang pengawal keselamatan memberitahu ada mayat di atas tangga depan rumahnya dan memberanikan diri naik ke tangga untuk melihat balutan tilam didakwa mengandungi mayat wanita itu dan terkejut apabila mendapati kaki manusia terjulur dari dalam tilam itu. melihat seorang jiran lelaki di tingkat atas rumahnya dalam keadaan bergari. Azlina baru mengenali mangsa yang berpindah ke pangsapuri ini awal bulan lalu dan tidak sangka kejadian ngeri itu menimpanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal polis mengesyaki terdapat unsur jenayah dan masih menyiasat kes itu.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan A Nirmala di 05-2531500. Sumber polis memaklumkan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa akibat sesak nafas.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) negeri, Rohani Kasim, 38, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tinggi di sini, jam 5.30 petang semalam, dihadiri lebih 100 orang termasuk rakan sekerjanya.

Selain bapa mangsa, Kasim Idris, 75, yang terpaksa dipapah untuk menyaksikan pengebumian, turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom.

Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Parit Haji Ali di sini, kira-kira jam 3.30 petang dari Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Athar.

Zambry yang mewakili kerajaan negeri memberi sumbangan RM8,000 kepada keluarga Allahyarhamah iaitu RM5,000 atas dasar tragedi dan RM3,000 bagi bantuan pengurusan jenazah pegawai awam.

No comments: