Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui
BERITA: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat 5 Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.Ekoran bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu.
Penemuan mayat oleh penduduk terbabit yang memeriksa sebuah kediaman di blok berkenaan yang tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu itu selepas tidak tahan dengan bau busuk.
Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.
Hasil pemeriksaan itu penduduk menemui kaki kiri manusia selain beberapa organ manusia seperti usus dan perut di dalam mangkuk tandas di tempat sama kaki ditemui sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni.
Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
Polis menemui kepala seorang wanita ketika melakukan pemeriksaan lanjut petang semalam susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah kediaman di tingkat lima, Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas.
Kepala wanita berambut kerinting dan berkulit sawo matang itu ditemui disembunyikan dalam sarung bantal di sebuah bilik kediaman berkenaan.
Kaki kiri yang ditemui di dalam bilik air kediaman berkenaan adalah milik kanak-kanak terbabit yang mana bahagian badannya masih lengkap manakala anggota badan manusia yang dikerat beberapa bahagia itu pula milik wanita berkenaan.
Badan kanak-kanak terbabit kemudian dibungkus di dalam plastik bersama beberapa bahagian tubuh wanita yang dikerat itu sebelum disembunyikan di atas siling
Badan kanak-kanak terbabit kemudian dibungkus di dalam plastik bersama beberapa bahagian tubuh wanita yang dikerat itu sebelum disembunyikan di atas siling
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.
Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.
Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.
Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.
Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment