BERITA: Latifah, (bukan nama sebenar) pemilik kedai dobi terpedaya menjadi isteri ke-8 dengan alasan bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibubapanya untuk mengaburi matanya.
Latifah, (bukan nama sebenar) terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah. Suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.
Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.
Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang sebelum dia menghilangkan diri.
Cerita Terperincil :myMetro | Kikis lapan isteri
No comments:
Post a Comment