"Kami Berkawan Tapi Serius" - Mamat Sepah |
Nampaknya mamat ni orang yang berhati-hati semasa bercakap juga ah??? berkawan tapi serius... ialah siapa kita memanglah berharap persahabatan yang dijalinkan berakhir dengan perkahwinan tapi sebelum tu nak kenal hati budi masing2 sebelum melangkah ke alam yang lebih serius... semoga perhubungan yang terjalin akan kekal dan bahagian seperti yang dirancang... AMIN.. hehehe... jom kita baca apa yang mamat katakan dalam wawacara ketika yang ditemui di Rakaman Melodi Raya 2011. ...
"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana,"
Beliau mula kenal semasa mengadakan promosi untuk filem "Man Sewel Datang KL", kini selepas hampir 6 bulan berkawan rapat, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali dengan nama Mamat daripada kumpulan Sepah mengakui dia dan aktres Rafidah Ibrahim atau Fida bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 sedang berkawan rapat tapi serius.
Mamat ni pun tidak malu pula bercerita ciri2 Fida yang membuatkan dia terpaut sayang dengan sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Ni ayat mamat time memberitahu ciri2 fida pula.
"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar dalam apa jua keadaan,"
Menyentuh tentang adakah dia bercadang membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor kelak. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.
"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya. Saya juga ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang.
maklumat diperolehi dari: my news yahoo.com
No comments:
Post a Comment