Artikel-artikel ni ercy dapat dari harian metro, Kosmo dan kiriman email jabatan ercy yang dikirim setiap hari dari seksyen ICT (Analisis Artikel).
NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam. |
BERITA: “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian Mohd. Hafizuddin Johari, 20 tahun demi keselamatan dan keselesaan hidup, . Menurut sumber, sejak bersama hubungan pasangan tersebut sering diugut dan dicaci. semasa ditemui di Rumah Kelab Media.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian Mohd. Hafizuddin Johari, 20 tahun demi keselamatan dan keselesaan hidup, . Menurut sumber, sejak bersama hubungan pasangan tersebut sering diugut dan dicaci. semasa ditemui di Rumah Kelab Media.
Menurut Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya dan dipercayai mangsa dan Natasha tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaannya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi tidak dilayan.
Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.
Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.
Maklumat diperolehi dari: http://www.hmetro.com.my "SAYA PONDAN ISTIMEWA"
Natasya Farisya, 28 Tahun |
BERITA: Natasya Farisya 28 tahun teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau“Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.
“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.
Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.
“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam.
“Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid.
“Hubungan sejenis begini bukan suatu yang dibenarkan dalam Islam...haram, bukan budaya kita pun untuk diikut. Kalau tidak bertindak kita membiarkan perkara ini berlaku dengan lebih teruk lagi.
“Jadi saya minta Jabatan Agama Islam Negeri, mengambil tindakan yang tegas kerana jika tidak kita akan dilihat seperti mengiktiraf mereka (dan hubungan songsang yang terjalin),” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, yang tetap berkeras untuk hidup bersama Natasya meskipun banyak halangan terpaksa ditempuh termasuk dia kini di bawa pergi ahli keluarganya.
Dr Mashitah berkata, tidak mahu isu berkenaan dipandang ringan sebaliknya, mahu semua pihak khususnya penguat kuasa agama di peringkat negeri mengambil iktibar atas kes Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon menukar namanya kepada Aleesya Farhana.
Sumber Diperolehi Dari: http://www.kosmo.com.my "NATASHA BERJANJI AKAN BERUBAH"
BERITA - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.
Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.
Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.
"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.
"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubung.
Sumber Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my "NATASYA BERJANJI AKAN BERUBAH"
Natasya Farisya, 28 Tahun |
KANGAR: “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.
Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.
Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.
“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.
“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan.
Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan sebelum ini pernah dua kali ditahan anggota penguat kuasa Jaips iaitu pada 1997 dan 2010 lalu.
“Kami tidak boleh terburu-buru menahan kerana subjek (Natasya Farisya) kini dalam keadaan tertekan dan menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau di sini, ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita pada 2007.
Selain ditahan, kediaman Natasya pernah diserbu Jaips pada 2010 lalu, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil kerana sebab tertentu.
Beliau berkata, selepas ditahan pada 2007 lalu, Natasya yang diberikan kaunseling dan nasihat oleh kaunselor Jaips memang berada dalam pemerhatian kerana dia sebelum ini pernah berjanji untuk berubah.
Katanya, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan terutama membabitkan lelaki yang berperwatakan wanita di Perlis, namun tindakan mengikut Seksyen 7 enakmen sama bukan mudah untuk diambil.
Seksyen 7 memperuntukkan mana-mana lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Harian Metro semalam, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mahu Jaips bertindak segera menahan Natasya sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya.
Abdul Malik berkata, walaupun Seksyen 7 tidak dapat diaplikasikan, namun pihaknya masih ambil tindakan terutama kaunseling dan pemantauan termasuk mahu memberinya peluang untuk berubah ke pangkal jalan.
Menurutnya, jika kesalahan itu dilakukannya di khalayak ramai atau ditahan ketika sedang menggoda lelaki atau bersekedudukan yang boleh menimbulkan syak, maka tindakan juga boleh diambil selepas mempunyai bukti.
2 comments:
erm...macam2 hal skang ni!!~~
apepon,keroppi lagi comel kan?
yeay!dh jumpa geng (^_^)
Post a Comment