Pages

Friday, September 23, 2011

Jabatan Kebajikan Serbu Rumah Neraka

Salam 1 Malaysia.. Hari ni ercy nak berkongsi berita lagi... hehehe... mcm biasa ercy senang nak berkongsi apa yang ercy baca tapi terpulang samaada berminat nak baca atau x.. k?? x ada paksaan hehehe... (kasarnya bahasa ercy)... maaf ya... kalau kasar..

Kejadian berlaku di Kuala Lumpur, lebih kurang 14 orang ditemui di rumah kebajikan yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu tanpa pendaftaran yang sah. 2 remaja 16 tahun dirantai, seorang warga emas dibiarkan tidur dan tinggal bersama 40 anjing, sepasang suami-isteri yang uzur berbaring di atas katil penuh dengan najis, 3 warga emas tinggal di bilik yang usang serta atap yang bocor dan 10 orang kanak2 dalam lingkungan 10-14 tahun berhimput tidur dalam sebuah bilik seluas 6 meter persegi sahaja.

TAK TERURUS...tempat tidur warga emas di pusat terbabit.
BERITA: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis. 

Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

PINDAH...seorang penghuni dibawa keluar anggota PBSM.
Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.

Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.



Tak sangka pula perkara sedemikian ada berlaku.. masa ercy terbaca berita ni sedih dan kecewa di mana letaknya hati naruni orang yang pelaku sedemikian..

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

No comments: