Pages

Thursday, September 8, 2011

Marsha AF pengsan telan 30 pil

Salam 1 Malaysia...

Marsha Milan Londoh
Siapa tak kenal Marsha Milan Londoh af3 berasal dari sabah sentiasa murah dengan senyuman dan seksi.. hehehe... hari ni keluar cerita di akhbar mengatakan beliau pengsan akibat daripada telan 30 pil dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling Jaya, didapati tidak sedarkan diri di rumahnya.

Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

Dia dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil, dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.

Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang hanya mengetahui berita itu daripada rakan.

sumber didapati dari: berita harian

1 comment:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

alahai...

ptt la dye tak reply msg sy...
dye saket rupanye...;p

hihihi