Salam 1 Malaysia
TRAUMA...Anisa menunjukkan laporan polis dibuatnya kepada wartawan Harian Metro. |
BERITA: “Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan.
“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.
Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.
Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.
Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO.
Maklumat Dari: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment