Pages

Thursday, September 22, 2011

Ponteng Sekolah 8 Bulan Kerana Hantu

Salam 1 Malaysia.... berita hari ni semua best2... buat ercy tertarik nak berkongsi dlm blog ercy ni.... hari ni on9 ja dah terpapar tajuk ni cukup memikat untuk baca berita selanjutnya.. ialah sanggup ponteng sekolah dah tu...8 bulan... bagaikan x percaya.... kalau 1 minggu 2-3 hari biasalah... maklumlah ada yang kaki enjoy sanggup ponteng sekolah kan... ercy harap sesiapa yang ada tabiat buruk ni janganlahhhhh amalkan.... rugi atas diri sendiri juga.....

Berita ni berlaku di Felda Keratong 5, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14 tahun seorang yang pintar dan lemah lembut bertukar menjadi seorang yang kasar dan menakutkan... jom baca petikan artikel ni k....

BERHANTU...bangunan baru yang disyaki menjadi tempat tinggal makhluk halus yang mengganggu pelajar dan guru sebuah sekolah di Muadzam Shah.

BERITA: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu keluar rumah dalam keadaan berbogel.

Keadaannya itu menyebabkan Siti Noraslinda yang dipanggil Alin oleh keluarganya sudah lapan bulan tidak ke sekolah sedangkan dia sebelum ini pelajar pintar.

Selain mempunyai kekuatan luar biasa berbanding ketika normal, Alin beberapa kali dilihat menangkap ikan di dalam akuarium rumahnya menggunakan tangan sebelum memicit ikan itu hingga mati serta mencabut sisik ikan itu satu persatu.

Ibu Alin, Siti Asiah Jaafar, 37, mendakwa anak kedua daripada empat beradik itu mula berkelakuan pelik sejak pulang dari sekolahnya Januari lalu dan ketika itu, Alin menjerit-jerit histeria selain tercungap-cungap dan meronta dengan kuat dalam usaha mahu melarikan diri daripada dipegang ahli keluarganya.

“Ketika itu, Alin meracau dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara sebenar Alin, sebaliknya ia garau dan menakutkan. Selepas dipulihkan, dia kelihatan bingung dan mengaku langsung tidak menyedari apa yang berlaku,” kata Siti Asiah yang menetap di Felda Keratong 5 di sini.

No comments: