Pages

Wednesday, September 21, 2011

Proses Penanaman "URI"

Salam 1 Malaysia.... ercy terbaca ni dalam online berita metro dan tertarik juga ialah benda ni sangat berguna kan... jom kita baca sama2 entry ni k...

Bagi yang bakal atau belum menjadi ibu atau bapa lagi maklumat ini sangat berguna... ialah selalunya bab urus uri ni kita akan serahkan kepada orang tua kita... sebab dengan alasan bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenainya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya. tapi kalau difikir semula bila anak2 kita pula yang sudah besar akan berbalik juga perkara yang sama kan?? kenapa kita x partice perkara ini pula...

uri adalah sebahagian daripada tempat bayi  

  

Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menyediakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapatkan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.



Bagi mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.

Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.

Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Menurut Pengarah Urusan ANP Solutions, Ade Azreena Mahadi, secara saintifik uri atau plasenta adalah ‘sarung’ yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin mendapat oksigen dan makanan daripada ibunya.

Oleh kerana ia sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata bagi mengelak dimakan anjing atau binatang lain.

Selepas mendapatkan pandangan agama maka lahirlah set asas pengurusan uri Grandma Secret yang baru saja dilancarkan dua bulan lalu.

Set berharga RM35 itu mengandungi bahan asas seperti periuk tanah, garam, asam jawa, kain putih dan sarung tangan getah. Fungsi periuk tanah adalah untuk meletakkan uri di dalamnya dan memudahkan ditanam supaya tidak dimakan binatang. 

Set Asas Pengurusan Uri Grandma Secre
Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah ketika membersihkannya supaya tidak menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.

Uri adalah darah lendir yang keluar ketika melahirkan anak. Justeru bagi memudahkan cucian, garam dan asam jawa boleh digunakan. Selepas itu barulah dibalut menggunakan kain putih dan dimasukkan di dalam periuk tanah sebelum ditanam. Bagi yang geli memegangnya, mereka boleh menggunakan sarung tangan disediakan.

Ade Azreena berharap dengan kehadiran set asas pengurusan uri, ibu bapa terutama yang baru pertama kali mempunyai anak tidak lagi tercari-cari bahan untuk menguruskan uri. Mereka hanya perlu membeli di kedai dan mengikut peraturan yang tertera pada kotak itu.

Walaupun terdapat pelbagai amalan ketika menanam uri, sebenarnya ia lebih kepada kepercayaan yang menjadi amalan sejak turun temurun. Namun sekiranya amalan berkenaan boleh memesongkan akidah ia adalah haram.

Jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam dan sawan, keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat.

Misalnya, ada juga yang percaya sekiranya uri ditanam bersama jarum atau paku, ia boleh mengelak daripada gangguan makhluk halus. Ini jelas salah dan berdosa kerana kita dilarang terus daripada percaya selain Allah.

Tambahnya, tiada doa khusus dibacakan ketika menanam uri cukup sekadar membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Jika ada yang berkata cara menanam uri ada kaitan dengan perilaku anak, ini tidak benar.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

1 comment:

Grandma Secret said...

Terima kasih kerana mengisi artikel ini dalam ruangan blog anda ...