Salam 1 Malaysia...
PAULINE salahkan gen. |
Apa perasaan kamu kalau anda segemuk ni??? fuyohh... ercy dgn berat sekarang ni pun dah fobia... ercy sendiri x dapat bayangkan amcm teruskan hidup ni kalau tersekat ini x dapat buat itu x dapat buat.... beginilah kehidupan Pauline dari Sacramento. Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.
Berita ni ercy dapat dari Metro Harian. Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California dan berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.
Menurut Pauline, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari. Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.
bayangkan lah beliau perlu kurangkan berat badannya sehingga 91kg sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.
Pauline menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik dan mengatakan bahawa keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.
Pauline mencaritakan tentang keluarganya dimana Berat badan ibunya ialah 181 kg dan bapanya pula lebih 272 kg, beliau mempunyai 8 adik beradik dan kesemuanya berat badan melebihi 136kg kecuali seorang sahaja.
Selain itu, setiap kali mereka meraikan sesuatu, mereka akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, mereka akan dipujuk dengan aiskrim.
Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya
No comments:
Post a Comment