Semalam Ercy ada post berita pasal Marsha kan... cerita ni kesambungan cerita smlm apabila teman rapat marsha menafikan yang Marsha tak cuba bunuh diri seperti yang dilaporkan didalam akhbar semalam jom baca apa cerita seterusnya.....
Yahoo News– Menurut teman rapat bekas pelajar AF3 Afeeq Abdul Rahman menafikan berita tersebut. Dipetik daripada laman sesawang mStar, Afeeq memberitahu Marsha jatuh pengsan di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama kerana trauma akibat kemalangan yang berlaku sebelum itu, bukan disebabkan mengambil pil berlebihan seperti yang dilaporkan. Dia masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripadanya tetapi difahamkan sebelum Marsha rebah, dia telah keluar membeli makanan di sebuah kedai berdekatan rumahnya dan mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.
Marsha masih boleh memandu ke rumah seperti biasa selepas insiden berkenaan. Namun selepas meletakkan kereta di kawasan parkir, dia jatuh pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya.
Malah Afeeq tidak menolak kebarangkalian masalah penyakit tekanan darah rendah yang dialami oleh penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini menjadi salah satu faktor dia rebah.
Afeeq turut menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mahu membunuh diri seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Laporan yang dikeluarkan ternyata salah kerana Marsha bukanlah jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri.
No comments:
Post a Comment