Pages

Friday, September 9, 2011

Buang Bapa........

Salam 1 Malaysia... Berita hari ini membuat ercy tersentuh untuk berkongsi pendapat... apa dah jadi dunia sekarang ni??? Bapa sendiri sanggup dibuang...bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai yang dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas oleh anaknya itu.

MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara.


BERITA: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. 


Ini cerita Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu sejak kematian isterinya tersayang lebih kurang 12 tahun yang lalu yang sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60km menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di Labuan.

Warga emas bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. 

Maklumat dipetik dari Harian Metro.

1 comment:

adlina said...

seorang mak or ayah boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang mak or ayah..harap2 saya xkan jd macam tu..i luv my parents so much