Awal Pendakian |
Tidak dapat dinafikan lagi, kecekalan semangat dan kekuatan mental adalah elemen penting dalam ekspedisi mendaki gunung. Ini lebih diperlukan bagi individu yang mahu mencabar diri menawan puncak tertinggi untuk pertama kali. buat pengetahuan pembaca ercy termasuk yang ini adalah yang kedua kali dah... yang sebenarnya untuk mendaki gunung kinabalu ni ada 2 laluan... yang pertama laluan pendakian Summit Trail pintu Timpohon menuju ke Laban Rata kira2 6km. pertama kali ercy mendaki mengikut trail ini. dan yang kedua laluan Summit Trail Pintu Mensilau menuju ke Laban Rata kira2 8km.
Sebelum menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu persiapan mental dan ketahanan menghadapi cuaca sejuk lebih penting daripada segala-galanya. badan perlu sihat dan cergas untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. Jika diikutkan, laluan pendakian Summit Trail pintu Timpohon menuju ke Laban Rata agak mudah kerana sebahagian besarnya ialah tangga, tanah berbatu dan bonggol akar pokok. Jika dibandingkan laluan Summit Trail Mensilau yang agak tinggi dan curam. kali ini ercy menceritakan pengalaman ercy mengikut laluan Mesilau Ke Laban Rata walaupun lebih mencabar tetapi keindahan semulajadi di sepanjang pendakian sangat indah membuat ercy mendaki merasa berbaloi.. jadi pendapat ercy enjoy dalam pendakian juga sangat penting kerana ia memainkan peranan agar terasa tidak berapa penat dan bosan.
Namun, apa yang memberi cabaran kepada pendaki adalah keupayaan mengekalkan stamina bagi mengharungi pendakian sehingga ke puncak yang mengambil masa lama dengan diselubungi cuaca sejuk. Tapi bagi ercy tak lah sejuk sangat sebab pendakian membuat kita berpeluh oleh itu, ercy sekadar memakai pakaian sukan biasa sahaja mengikut keselesaan jugalah...
Namun apa yang penting biar lambat asalkan selamat...
Ikuti rentetan perjalanan kumpulan peserta ekspedisi pendakian selama dua hari dari Mesilau Trail hingga puncak Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter.
Selasa
6.30 pagi : Perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Taman Kinabalu yang mengambil lebih kurang 2 jam 30 minit. Perancangan sebenar ialah memulakan pendakian lebih awal. Tetapi urusan pendaftaran di pejabat Taman Kinabalu mengambil masa hampir sejam menyebabkan agak lewat sedikit untuk memulakan pendakian.
Start Penat Mendaki |
Peringkat awal perjalanan agak mudah kerana laluan agak rata dan berbatu kecil. Namun, selepas kira-kira 30 minit, jalan mula membukit dan bertangga tetapi jarak yang agak jauh Kumpulan ekspedisi seramai 12 orang mula terpisah mengikut kelajuan pendakian masing-masing.
12.30 tengahari : Sepanjang perjalanan menuju ke Laban Rata, ada lapan pondok rehat yang boleh disinggahi pendaki bagi melepaskan penat. Jarak di antara setiap pondok adalah antara satu hingga dua kilometer. Di setiap pondok juga disediakan tandas dan bekalan air semula jadi dari tanah tinggi.
Sambil berehat, ada pendaki memberi makanan kepada beberapa ekor tupai yang datang menghampiri pondok. Gelagat tupai yang jinak sedikit sebanyak mengurangkan rasa letih mendaki.
Sambil bergambar Suasana Mendaki |
3 petang : Mungkin persiapan dari segi kecergasan kurang mantap, pendakian sesetengah peserta ekspedisi agak perlahan. Disebabkan tenaga yang kian berkurangan, ramai antara kami kerap berhenti. Peluang berhenti berehat tidak disia-siakan begitu saja, kamera digunakan untuk merakam pemandangan indah serta ‘kelibat’ puncak Kinabalu yang semakin jelas. Cuaca cukup baik dan laluan pendakian dipenuhi spesies pokok bantut yang jarang-jarang ditemui di kawasan rendah.
4 petang : Papan tanda menunjukkan ‘8 km’ memberi kelegaan kepada kami. Beberapa puluh meter saja lagi Laban Rata, kawasan yang menempatkan rumah rehat untuk pendaki berehat dan bermalam bakal dijejaki. Kami menuju ke rumah rehat Gunting Lagadan untuk meletakkan barang-barang. Beberapa peserta ekspedisi yang tiba hampir dua jam semua peserta sampai. Selepas itu, kami turun ke restoran di Laban Rata untuk menikmati makan malam.
7.30 malam : Selesai makan malam, kami pulang ke rumah rehat Gunting Lagadan dan mula membersihkan diri. Selepas itu, masing-masing mengemas peralatan untuk pendakian dan mula melelapkan mata. Ini kerana pendakian hingga ke puncak akan dimulakan pada jam 3 pagi.
Rabu
2 pagi : Dengan cuaca yang sangat sejuk. Sebaik bangun dan membersihkan diri, semua peserta mula bersiap dan menikmati sarapan.
Muka2 yang bersiap untuk perjuangan mendaki puncak jelas kelihatan.
3 pagi : Peserta ekspedisi berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk ke laluan pendakian. Berbeza dengan pendakian semalam yang dilakukan ketika hari cerah, pendakian awal pagi memerlukan kami mendaki dalam gelap. Justeru, lampu suluh perlu dipakai di kepala, pakaian tebal dan sarung tangan juga perlu disarung.
Hampir 700 meter perjalanan awal memerlukan kami mendaki tangga curam. Selepas tangga, kami mula melalui latar jalan berbatu granit dan di sesetengah
5 pagi : Sebahagian peserta ekspedisi sudah pun tiba di puncak manakala yang lain masih berada kira-kira 500 meter di bawah puncak. Ketika ini, masing-masing menikmati pemandangan matahari terbit dari puncak gunung Kinabalu yang cukup mengasyikkan.
Sementara berehat semasa membuat pengesahan |
tempat, kami perlu mendaki sambil berpaut pada tali. Kemudian, peserta berhenti di pondok Sayat-Sayat untuk
memberikan nama kepada petugas di situ. Ini bagi mengesahkan peserta sudah sampai ke tahap ketinggian terbabit untuk direkodkan dalam sijil.
6.30 pagi : Beberapa peserta ekspedisi yang berehat seketika di bawah puncak ketika matahari terbit, akhirnya berjaya tiba di puncak. Mujur cuaca panas terik, jadi jurupandu pendakian masih membenarkan kami mendaki ke puncak biarpun agak lewat berbanding pendaki lain.
Kebiasaannya, pada waktu begini pendaki dikehendaki turun kerana bimbang cuaca yang terlampau sejuk dan berkabus akan membahayakan perjalanan turun. Kira-kira 15 minit melihat taburan kepulan awan dan bentuk muka bumi pergunungan, kami akhirnya turun dari puncak.
Akhirnya Perjungan Tercapai.... |
8.00 pagi : Peserta tiba di Laban Rata. Perjalanan turun tidak semudah yang disangka. Kami mengambil masa untuk berehat sebentar dan menjamah makanan tengahari di restoran.
10 pagi : Selesai berehat dan makan, kami berasa lebih bertenaga untuk meneruskan perjalanan menuruni Gunung Kinabalu. Kebanyakan peserta ekspedisi sudah turun kira-kira 40 minit lebih awal.
Bergambar dulu... |
Selamat Sampai di Pondok Timpohon |
Bergambar kenangan selesai sudah perjuangan kami |
No comments:
Post a Comment