Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah..
|
AL-FATIHAH...ahli keluarga membawa jenazah Muhammad Ismail yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi.
MUAR: “Saya akhirnya berjaya menggapai tangan Adik dan terus menggoncang badannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana nafasnya ketika itu sudah terlalu lemah. Adik kemudian terkulai di pangkuan saya,” kata Junaidah Zaningin, 40, di sini, kelmarin. Anak bongsunya yang berumur empat tahun, Muhammad Ismail Hamdan atau lebih mesra dipanggil ‘Adik’, meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga pada jam 10 pagi kelmarin.
Ketika ditarik keluar, Muhammad masih lagi bernyawa tetapi disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenga.
Mengimbau kejadian, Junaidah berkata, mereka berdua sedang mandi di perigi berkenaan apabila Muhammad tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.
“Sepanjang mandi, Adik memegang kain basahan yang saya pakai untuk mengelakkan dia daripada terjatuh tetapi entah bagaimana, tangannya tiba-tiba terlepas.
“Seketika kemudian, Adik sudah terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira satu meter itu. Saya cuba untuk menggapai tangannya tetapi gagal,” katanya.
Menurut Junaidah, dia akhirnya berjaya menggapai tangan Muhammad dan mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi suaminya, Hamdan Abdul Hamid berusia 40-an, bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya, Hamdan yang bekerja di Bukit Kepong bergegas ke klinik itu untuk melihat keadaan Muhammad.
“Bagaimanapun Adik disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berkenaan. Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian ini,” katanya.
Menurut Junaidah, sehari sebelum kejadian, anak bongsu lima beradik itu turut berperangai pelik.
“Adik cukup gembira malah kerap mengusik adik beradiknya. Kami tidak sangka ia petanda Adik bakal kembali kepada-Nya buat selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian.
“Kami sudah mengambil keterangan daripada individu berkaitan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. |
Maklumat Diperolehi Dari:
http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment