Pages

Thursday, October 27, 2011

Sambutan perayaan Deepavali bertukar menjadi hari kematian

Salam 1 Malaysia buat pembaca yang sudi singgah d blog ercy.. Hari ni ercy nak berkongsi artikel berita ercy dapat dari berita metro, mengenai sepasang suami isteri rentung dalam kereta...

MARAK...Honda City dan Iswara Aeroback marak terbakar.

BERITA: “Pasangan suami isteri itu meronta dalam kereta yang sedang terbakar, namun kami gagal menyelamatkan mereka kerana kaki kedua-dua mangsa tersepit,” kata saksi kejadian kemalangan ngeri menyebabkan pasangan suami isteri rentung di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ladang Perhentian Tinggi, Pedas dekat sini, semalam.
K Anbarasu, 24, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya berada di kuil berhampiran dan terkejut mendengar dentuman kuat.

“Saya dan rakan meluru keluar ke arah dua kereta yang terbakar serta cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalamnya. “Kami cuba membantu pasangan suami isteri berkenaan yang ketika itu meronta-ronta meminta tolong, namun gagal kerana kaki mereka tersepit selain api mula marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, K Jothi, 35 dan suaminya, P Mugunthan, 42, rentung apabila Honda City dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Dua anak mereka M Vasigaran, 14, dan M Sreekanthan, 10, sempat diselamatkan orang ramai yang memecahkan cermin kereta.

Seorang lelaki berusia 20-an iaitu pemandu Proton Iswara yang turut terbakar dapat diselamatkan orang ramai, manakala pemandu Toyota Camry yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.


Anbarasu berkata, dia terkejut apabila Honda City dinaiki mangsa dan Proton Iswara hangus terbakar, sekali gus gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Namun, sebelum saya tiba, orang ramai berjaya menyelamatkan dua anak lelaki mangsa dengan memecahkan cermin kereta itu.

“Saya sedih dan kecewa apabila gagal menyelamatkan pasangan itu berikutan api begitu marak menyebabkan mereka terkorban ketika penganut Hindu sedang menyambut Deepavali,” katanya. Sementara itu, adik kepada Jothi, K Vishnu, 28, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku sekelip mata berikutan sempat menemui kakak dan abang iparnya pada pagi kejadian (semalam).
MAUT...Mugunthan dan Jothi rentung.

“Tidak sangka kakak dan abang pergi ketika masyarakat Hindu menyambut Deepavali, malah turut meninggalkan dua anak lelakinya.

“Kami sempat meraikan Deepavali pada awal pagi di Taman Seremban Jaya sebelum mereka empat beranak menuju ke Palong, Jempol sebelum pulang ke Skudai, Johor,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini, semalam.

Vishnu berkata, lebih menyayat hati apabila anak saudaranya, Vasigaran menyaksikan sendiri detik kematian ibu bapanya yang hangus rentung sebelum dia dikejarkan ke HTJS untuk menerima rawatan.

“Namun, saya bersyukur kerana dua anak saudara selamat dan tidak menyangka sambutan perayaan ini bertukar menjadi hari kematian mereka,” katanya.

Menurutnya, abang iparnya bekerja di Singapura dan berasal dari Kuala Selangor, manakala kakaknya suri rumah tangga.

Harian Metro difahamkan, Sreekanthan yang mengalami kecederaan dalaman menerima rawatan di HTJS, manakala Vasigaran hanya cedera ringan.
 
Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my

No comments: