Pages

Tuesday, February 7, 2012

Pemilik redah api

Salam 1 Malaysia...

KLANG: Tidur kira-kira 25 pelajar Pusat Tahfiz Darul Mustaffa, di sini, terganggu apabila asrama yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Batu 7 1/2, Jalan Meru-Klang, petang semalam.
MARAK...orang ramai membantu memadamkan api yang memusnahkan asrama pelajar tahfiz di Jalan Meru-Klang, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang, pelajar terbabit berada di dalam premis berkenaan untuk berehat dan sebahagiannya tidur sebelum dikejutkan dengan teriakan api oleh jiran berdekatan.
PADAM...jiran turut membantu memadamkan kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik asrama berkenaan kerana terdapat seorang jiran yang melihat asap tebal keluar daripada bilik itu. Pemiliknya, Mohd Sallehodin Sabiyee, 50, berkata dia dikejutkan dengan jeritan orang meminta tolong sebelum melihat api marak membakar asrama bersebelahan rumahnya.


  Katanya, dia segera keluar dan meredah api bagi menyelamat dan membawa keluar pelajar yang masih berada di dalam asrama berkenaan.
PINDAH...pelajar ditempatkan di masjid buat sementara waktu.

“Saya hanya fikirkan keselamatan pelajar yang masih berada di dalam rumah yang terbakar dan menggadai nyawa menyelamatkan pelajar.

“Syukur tiada kehilangan nyawa kerana jiran banyak membantu dan kebetulan terdapat kenduri kahwin berlangsung berdekatan rumah, jadi tetamu majlis berkenaan turut sama membantu menyelamatkan pelajar dan peralatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, rumah berkenaan sudah dua tahun dijadikan asrama pelajar tahfiz dan kerugian dianggarkan RM150,000.

Beliau berkata, semua pelajar ditempatkan di masjid berhampiran buat sementara waktu sebelum mendapat penempatan baru.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Mustaffa Shariff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.04 petang sebelum dua jentera masing-masing sebuah dari Sungai Pinang dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi, premis berkenaan sudah 80 peratus terbakar berikutan strukturnya diperbuat daripada kayu dan sebahagian simen.

Pihaknya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bomba masih menunggu laporan forensik bagi mengetahui punca kebakaran serta jumlah kerugian.

sumber: http://www.hmetro.com.my

ercy berkata-kata: kesian pelaj

No comments: