Pages

Tuesday, February 28, 2012

RM400,000.00 Bantu Pesakit HIV

SIFAR...peserta dan sukarelawan menunjukkan tanda sifar sebagai simbolik kepada tema Hari Aids Sedunia 2011.

KELETAH serta kebijaksanaan yang ditunjukkannya nyata menarik minat sesiapa jua untuk terus melayan anak kecil ini. Pada usia mencecah hampir enam tahun, Jeremy (bukan nama sebenar) tampak seperti kanak-kanak seusianya.

Kepetahannya berbicara dan rasa seronok jelas terpancar di wajahnya kala diraikan sekumpulan jurusolek dan warga kerja Mac Cosmetics Malaysia (Mac) bersama sukarelawan Majlis Aids Malaysia (MAM) di Permai Rainforest Resort, Kuching sempena Hari Aids Sedunia 2011, baru-baru ini.

Pada pandangan kasar, tiada cacat celanya anak kecil ini, namun Jeremy salah seorang kanak-kanak yang hidup dengan HIV, yang diwarisi daripada mendiang ibu dan bapanya.

“Saya tinggal dengan nenek. Nenek kata ibu dan bapa tiada di sini, pergi jumpa tuhan. Tapi tak apa, nenek ada untuk bermain dengan saya, walaupun kadang-kadang nenek marah dan suruh saya diam,” katanya lancar tanpa sebarang nada pelat ketika ditanya mengenai keluarganya.


Menurut neneknya, bapa Jeremy berasal dari Filipina dan bekerja di sana.
Apabila pulang ke Sarawak, bapanya yang menghidap HIV terus menjangkiti si ibu sebelum melarat ke anak mereka.

Disebabkan terlewat mendapatkan rawatan atas faktor malu pada masyarakat sekeliling dan kurangnya kesedaran mengenai penyakit itu, bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu sebelum ibunya pula menyusul pada awal 2011.

Nenek adalah satu-satunya waris yang ada lalu Jeremy kini menumpang kasih pada warga emas itu yang melakukan kerja kampung bagi menyara kehidupan mereka berdua.

Jeremy adalah antara 10 kanak-kanak dan remaja bersama keluarga mereka yang terbabit dalam Projek Inisiatif Sukarelawan Hari Aids Sedunia anjuran Mac dan MAM, yang memberi penekanan kepada kesedaran di kalangan peserta yang hidup dengan HIV di samping berusaha mewujudkan suasana yang lebih positif untuk mereka.

Acara hari pertama dimulakan dengan aktiviti menjelajah hutan kecil di sekitar resort yang menyaksikan peserta teruja mempelajari perkara baru mengenai alam sekitar, selain melihat bermacam spesies serangga kecil yang selama ini tidak pernah diketahui kewujudannya.

Usai aktiviti itu, peserta kemudian pulang ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri sebelum menyertai acara makan malam barbeku di dewan utama.

ingin baca lebih lanjut cerita ini.... KLIK


Pendapat ERCY: salam 1 Malaysia buat pembaca yg sudi singgah.. dah lama ercy x masuk blog.... hari ni ercy tergerak nak share dengan cerita pesakit HIV.. cian ercy terbaca dan terkenang budak2 yg x bersalah n x faham apa2 tatapi menghidap pesakit ini....

Tuesday, February 7, 2012

Sindrom pendam rasa kemuncak suami baran gila

Salam 1 Malasyia..


KUALA LUMPUR: Sindrom ‘The Last Straw’ dan ‘Collecting Stamp’ yang dialaminya dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 40 tahun bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta Perodua Myvi milik isterinya selepas mengesyaki wanita itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dalam kejadian di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, Jumaat malam lalu.

Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Sulaiman Selamat, berkata dalam istilah psikologi ‘The Last Straw’ bermaksud seseorang itu mengalami kemarahan yang memuncak yang membolehkannya hilang pertimbangan manakala ‘Collecting Stamp’ membawa maksud mereka sudah memendam rasa syak wasangka yang terlalu lama.

“Lelaki itu mungkin sudah terlalu lama mengesyaki kegiatan isterinya sebelum ia ‘meletup’ menyebabkan dia bertindak demikian. Namun, dalam kes terbabit isterinya bernasib baik kerana dia tidak dicederakan,” katanya di sini, semalam.


sekadar gambar hiasan
Muka depan Harian Metro, kelmarin, melaporkan tindakan seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah mereka sehingga remuk.

Tindakan lelaki itu seperti hilang akal menyebabkan jiran berhampiran ketakutan sebelum mengalihkan kereta masing-masing.

sumber: http://www.hmetro.com.my

Gaduh.... lagi......

AMPANG: Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.

“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.


“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.


sumber: http://www.hmetro.com.my