Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy yang sudi singgah ya... hari ni ercy ada sedikit masa nak ruang untuk menceloteh di blog ercy... hehehe... maklum ajalah... perempuan kan macam2 penyakit.. lebih2 lagi mcm usia mcm ercy ni... wakakkaka.. prasan tua pula... ok lah x nak cocet2 lebih2 pula... ercy nak kongsi artikel pilihan ercy hari ni... mengenai bunga... ramai wanita gemar bunga kan?? ercy pun gemar bunga tapi x suka jaga bunga.. hahahaha....
PULUHAN jenis bunga berwarna-warni pasti menyebabkan pelanggan rambang mata dalam membuat pilihan. |
BERITA: Dari jauh, kelihatan orang ramai terutama wanita sudah memenuhi ruang kecil di sebuah kedai yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni.
Sebaik sampai di hadapan kedai tersebut, bau semerbak daripada bunga-bungaan segar itu pantas menusuk hidung seolah-olah menyambut kedatangan pelanggan ke sana.
“Jemputlah masuk dan lihat sendiri bunga yang mungkin anda minati. Jangan risau, jangan bimbang, semua bunga ini segar-segar belaka,” demikian tutur seorang pemuda Cina sambil melemparkan senyuman manis kepada pengunjung yang datang.