Pages

Wednesday, January 18, 2012

Akibat VCD Lucah..

Salam 1 Malaysia buat pembaca blog ercy...

REMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

MAUT...Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
NGERI...keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Bila ercy memberi pendapat: akibat syok nak tengok VCD Lucah kemalangan berlaku.. x ada kesabaran tunggulah tempat yg sesuai kalau dah nak sanggat tengok.... Manusia x pernah puas apa yang ada....

Monday, January 16, 2012

sambut krismas dengan LANGS........

Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia..... dah lama ercy x masuk blog ni.... entah kenapa masuk tahun 2012 ni... x ada semangat pula ercy.... ada sesiapa nak bagi tips utk ercy x????

ercy nak kongsi dgn beberapa pic sempena sambut krismas dengan kwn2 ercy... kami sambut d Kg. nelayan makan stimboat sambil tukar2 hadiah...

Hadiah yang mau ditukar

kwn ercy yg gila2.....

yg ni kurus tapi kuat mkn....

kwn2 yg lain x dpt dtg ada 4 org x dtg....kami2 ja....

antara makanan yg kami mkn....

Thursday, December 15, 2011

KL Banjir......

Salam 1 Malaysia.. lama x update blog ercy.. bz dengan tugasan apa lagi sekrang dah masuk hujung tahun... hari ni tergerak nak buka blog pula he3.. macam biasa ercy nak kongsi berita yang ercy baca.. nak tau.. blog ercy x update.. berita apa2 pun ercy x baca.. hu3..

SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter.
Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

Di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 30 rumah dinaiki air menyebabkan penduduknya kelam-kabut mengalihkan barangan berharga ke tempat selamat.

Mangsa, Khalili Yunus, 46, yang berniaga sendiri berkata, dia terkejut apabila melihat rumah diduduki sejak 15 tahun lalu dinaiki air buat pertama kali dalam masa tidak sampai dua jam.

“Ketika tiba di rumah jam 5 petang, saya lihat rumah mula dinaiki air separas satu meter.

“Tujuh anak saya yang berada dalam rumah hanya mampu menangis melihat paras air semakin naik. Saya segera mengarahkan mereka ke tempat lebih selamat sebelum mengangkat barangan berharga ke tempat lebih tinggi,” katanya.


Menurutnya, akibat banjir itu, dia mengalami kerugian apabila beberapa perabot termasuk televisyen rosak.

Jurugambar NSTP, Yusni Ariffin, 36, yang turut menjadi mangsa banjir berkata, rumahnya dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Katanya, punca air naik dengan cepat disebabkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke rumah penduduk.

“Saya mahu pihak berkenaan membuat pemantauan ke atas sistem perparitan di kawasan ini kerana ia mengancam nyawa dan harta benda penduduk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian banjir di Jalan Semarak, pihaknya memindahkan 23 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun serta tiga guru sebuah taska di kawasan itu yang dinaiki air.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan semua mangsa kerana keadaan air dari Sungai Bonus melimpahi tebing hingga mencecah 1.5 meter.

“Selepas selesai memindahkan semua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu,” katanya.

Maklumat Diperolehi Dari: http://www.hmetro.com.my